Wednesday, 1 August 2012

Dasar Pendidikan Kebangsaan


 Latarbelakang

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di  kalangan  pemimpin  dan  rakyat  Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi  kehendak negara.  Atas  kesedaran  inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran)  Kebangsaan  melalui  Penyata  Razak  1956   dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.  Dasar pendidikan ini  telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib.  Laporan  Rahman  Talib  ini  kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun  1974  untuk  mengkaji  semula Dasar Pendidikan dengan tujuan  untuk  memperbaiki  pelaksanaannya  supaya  matlamat untuk   melahirkan  satu  masyarakat  yang  bersatupadu  dan berdisiplin serta  memenuhi  keperluan  tenaga  rakyat  yang terlatih  bagi  pembangunan  negara  dapat  dicapai. Laporan Jawatankuasa  ini  telah  diterbitkan  dalam   tahun   1979.

Rasional
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanp mengambilkira   kepada  keperluan  pembangunan,  pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem  Pendidikan berkenaan  mengekalkan  tumpuan  taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka  dan  menekan suppress  semangat  pembangunan  rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah  Melayu  yang  terjajah  tetapi apabila  Tanah  Melayu sudah merdeka,ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu,  langkah-langkah  diambil  bagi  menggubal satu  sistem  pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.


Objektif

Dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada  Akta Pelajaran, 1961, iaitu:
 "BAHAWASANYA  dasar  pelajaran  seperti  yang  diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah  untuk  menubuhkan  satu sistem  pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,  sosial,  ekonomi,dan politiknya..."  Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam   melaksanakannya,   Kementerian   Pendidikan   dengan  berpandukan kepada Penyata Razak  1956  dan  Laporan  Rahman Talib  1960,  telah  mentafsirkannya  sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum  dan  menyediakan  tenaga  kerja  ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.



Strategi Pelaksanaan

Beberapa strategi  telah  digubal  untuk  mencapai  matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

(a) Menjadikan  Bahasa  Kebangsaan  sebagai bahasa     pengantar yang utama

(b) Mengadakan  kurikulum  yang  sama  dan       berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah

(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;

(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan

(e) Meningkatkan  mutu   pendidikan   keseluruhannya  dengan menyediakan   pendidikan  yang  menyeluruh, seimbang  dan bersepadu;

 (f) Mengadakan  peluang  pendidikan  asas  selama   sembilan tahun

(g)Mendemokrasikan pendidikan dari segi  peluang  dan  mutu dengan  mengagihkan  peruntukan  secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.

  (h)  Menyediakan pendidikan rendah  mengikut  Kurikulum  Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu  membaca,menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)  pada tahun 1989.  Matlamat  utama  kurikulum  baru ini adalah untuk  melahirkan  individu   yang  seimbang  dari  segi   ilmupengetahuan dan  kemahiran  yang  sesuai  dan  mempunyai  moral serta nilai etika yang kukuh

     (i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan  Teknik  melalui penyusunan  semula  kurikulum  Sekolah  Vokasional  pada tahun 1978

     (j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan  diperingkat  universiti   terutama  dalam  bidang  sastera gunaan dan sains gunaan

     (k) Mempertingkatkan   pendidikan  kerohanian,   moral   dan disiplin

     (l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar  di sekolah-sekolah dan memberi  peluang  yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

     (m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti  pasukan
           kadet  tentera,   kadet   polis,pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

     Di  samping  strategi  ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga  dilaksanakan  dengan  mengadakan  dan  memperkembangkan  tenaga pengajar  yang  terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras  dengan  pertambahan  kanak-kanak.  Di  Kementerian/Jabatan  Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan  oleh  Dasar Pendidikan  Kebangsaan  telah  ditubuhkan  atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya  hasrat  Dasar  Pendidikan  ini.Diantaranya  termasuklah  penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan  Pendidikan,  Bahagian  Pelajaran  Teknik   dan Vokasional,  Jawatankuasa  Pusat  Kurikulum, Biro Buku Teks,Majlis   Sukan   Sekolah-sekolah   Malaysia,    Jawatankuasa Perancangan   Pendidikan,   Bahagian  Perkhidmatan,  Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.

Dasar wawasan negara, wawasan 2020, Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara, PLKN

Pelajar boleh lihat power point tajuk berikut, sila klik link yang telah diber

Dasar Wawasan Negara
Wawasan 2020
Integrasi Nasional
Jabatan Perpaduan Negara
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Tuesday, 31 July 2012

Interaksi 9 - Hubungan Etnik Peranan Kerajaan Dan Masyarakat

Nota kuliah 9 dalam bentuk Power Point
Hubungan etnik Peranan Kerajaan dan Masyarakat

Interaksi 8 -Cabaran dan Pemupukan Hubungan Etnik

Nota Kuliah 8 dalam bentuk Power Point
Cabaran dan Pemupukan Hubungan Etnik

Interaksi 7 - Agama dan Hubungan Etnik

Nota kuliah 7 dalam Bentuk Power Point
Agama dan Hubungan Etnik

Interaksi 5 - Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia


Kuliah 5

Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
•    Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia
•    Kerjasama politik dan hubungan etnik

Konsep Modenisasi dan pembangunan politik

1.    Matlamat pembangunan ekonomi ialah untuk mencapai  kemajuan dan pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan masyarakat perindustrian
2.    Matlamat pembangunan politik ialah pembinaan negara bangsa
3.    Maksud negara bangsa ialah suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara (bangsa))
4.    Ada pendapat yang mengatakan satu negara perlu dibentuk daripada satu bangsa contoh Jepun membentuk negara Jepun.
5.    Oleh itu di Malaysia perlu ada satu bangsa Malaysia bagi negara Malaysia.
6.    Kesan peperangan, migrasi dan penjajahan terdapat bangsa yang tidak bernegara atau negara yang tidak berbangsa.
7.    Bagi Malaysia, matlamat pembangunan modenisasi politik ialah pembinaan negara bangsa.
8.    Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui beberapa kaedah yang bersifat top-down iaitu penghayatan ideology negara, penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh pihak kerajaan, pemupukan semangat nasionalisme melalui simmbol dan ritual negara.
9.    Pembangunan politik berlaku dalam tiga proses iaitu:
i.    Perbezaan struktur politik iaitu perubahan struktur politik yang bersifat feudal kepada struktur politik yang berpegang kepada prinsip pembahagian kuasa pemerintahan antara tiga badan yang saling terpisah dan mengawasi antara satu sama lain iaitu kehakiman, perundangan dan eksekutif.
ii.    Sekularisasi budaya politik ialah perubahan budaya politik daripada budaya politik feudal dan tidak memisahkan antara agama dengan negara kepada budaya politik yang memisahkan kedua-dua unsur tersebut
iii.    Penyertaan politik yang besar oleh rakyat ialah apabila rakyat berhak menentukan pemimpin mereka.
10.    Pembangunan politik dalam demokrasi pula ialah apabila ada unsur-unsur tersebut dalam sistem politik iaitu:
i.    Parti politik
ii.    Majlis perwakilan rakyat atau parlimen
iii.    Perlembagaan negara
iv.    Pilihanraya
11.    Ringkasnya, ke empat unsure tersebu adalah ukuran kepada pengamalan demokrasi bagi sesebuah negara.

Pelaksanaan Modenisasi dan Pembangunan Politik di Malaysia
1.    Kesan daripada penjajahan British di Malaysia, Malaysia menerima modenisasi  dan menjadikan Eropah adalah model modenisasi dalam pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.
2.    Cabaran bagi Malaysia ialah Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat kesan daripada migrasi, penjajahan, gabungan wilayah yang berbeza, gabungan etnik yang berbeza, gabungan kerajaan yang berbeza.
3.    Pembinaan negara bangsa Malaysia menggunakan kaedah top-down iaktu melalui dasar-dasar kerajaan dan program-program yang dirancang. Antaranya ialah:
•    Program penghayatan Rukunnegara
•    Penerapan dasar awam iaitu Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia




Interaksi 6 - Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Nota Kuliah 6 dalam bentuk Power Point
Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Interaksi 5-Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Nota Kuliah 5 dalam bentuk Power Point
Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Interaksi 4 - Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Nota Kuliah 4 dalam bentuk Power Point
Kuliah 4- Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Interaksi 3 -Masyarakat Pluralistik Alam Melayu


KULIAH 3

Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
Konsep plurality dan masyarakat pluralistik
Pembentukan masyarakat pluralistic di Alam Melayu
Zaman pluraliti
- Kesultanan Melayu Melaka
- Penjajahan
- Selepas merdeka: politik, ekonomi, dan pendidikan

Alam Melayu sebelum kedatangan Barat
1. Alam Melayu merupakan satu wilayah  yang menjadi tempat pertemuan pelbagai budaya dan tamadun dari seluruh dunia. Suasana ini muncul secara semula jadi kerana aktiviti alam seperti tiupan angin monsoon dan arus latu yang telah mendorong pedagang-pedagang dari seluruh dunia untuk menetap sementara di kawasan-kawasan perdagangan seperti pelabuhan Melaka, Srivijaya, Majapahit, Acheh dan pelabuhan Lembah Bujang.

2. Golongan pedagang datang secara proses semula jadi iaitu berdagang secara sukarela mencari kehidupan dan kekayaan bersama keluarga. Kelompok ini datang secara sukarela tanpa paksaan menjamin ketenangan dan penerimaan masyarakat setempat adalah baik. Keadaan ini menggalakan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Proses akomodasi telah berlaku.

3. Ada kalangan pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan contohnya masyarakat Cina Baba yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Mereka telah mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu.

4. Ada budaya mereka yang diterima oleh masyarakat tempatan seperti adat bersanding, bunga manggar,berinai  dan sebagainya  yang ditiru daripada budaya India. Proses asimilasi penduduk tempatan dari budaya India.

5. Golongan raja dan bangswan dalam alam Melayu telah menerima pengaruh dari kebudayaan India. Penerimaan ini telah dinamakan pengindiaan bagi melambangkan perluasaan pengaruh agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara.

6. Bagaimanapun menurut Syed Muhammad Naquib Al Attas, kebudayaan India tidaklah begitu memberi kesan besar dalam kepercayaan dan falfasah ketuhanan orang Melayu. Ini kerana tidak ada kitab dalam membincangkan Hinduisme dan Buddhisme dalam masyarakat Melayu berbanding agama Islam.

7. Kebudayaan Hindu bertapak kuat dalam seni budaya dan adapt orang Melayu rakyat biasa seperti dalam Wayang Kulit yang memakai nama Sri Rama, Sitha Dewi, Ramayana, Hanuman. Dalam adat budaya pula ada perkahwinan, peralatan perkahwinan seperti bersanding, bunga telur dan sebagainya.

8. Konsep raja dan kerajaan adalah istilah Hindu dan konsep negeri atau negara dari bahasa Sanskrit.

9. Perlantikan pegawai seperti Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan dll adalah mengikut astrologi Hindu.

10. Mengikut agama Hindu, raja adalah anak tuhan yang diutus ke bumi bagi menunjukkan rakyat bahawa mereka mesti mentaati segala peraturan dari raja.

11. Kebesaran raja ditunjukkan dengan pembinaan candi besar seperti candi Borobodur (Indonesia), Angkor Wat di Kemboja.

12. Kesannya raja berkuasa mutlak dan menjadi ketua kerajaan atau ketua negeri.

13. Apabila British tiba, mereka telah mengubah sistem pentadbiran dan agama dipisahkan kepada sistem politik kerajaan. Agama diurus oleh Sultan dan pentadbiran negara diurus oleh kerajaan.

14. Pandangan masyarakat melayu juga diubah terutama dari sudut cara berfikir dan cara melihat sesuatu iaitu epistemology. Perubahan epistemoligikal ialah perubhan cara berfikir dan cara melihat sesuatu.

15. Contoh perubahan epistemological ialah terhadap ilmu metafizik orang Melayu yang selama ini mempercayaan alam ghaib sehingga amalan perdukunan boleh mengubati penyakit. British telah mengubah epistemology metafizik bersifat bukan material kepada epistemology metafizik bersifat fizikal. Pembuktian adalah berunsurkan pancaindera, alat saintifik seperti mikroskop dll. Metafizik bersifat fizikal dibantu pula dengan alat seperti peta, muzium, banci dan sebagainya yang memperkenalkan ilmu, penambahan perbendaharan kata dalam masyarakat Melayu. Semua ini dikenali sebagai ilmu colonial.

16. Hubungan masyarakat Cina dan Alam Melayu telah berlaku sejak abad ke 7 masihi lagi malah Alam Melayu terkenal sebagai tempat pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan contohnya menurut catatan I-Tsing seorang sami Buddha dari China telah singgah di Palembang, Sumatera pada 671 Masihi ketika dalam pelayaran ke India mengatakan terdapat lebih 1000 sami Buddha di Srivijaya.

Alam Melayu selepas kedatangan Barat
1. Kemunculan masyarakat pluralistic selepas kedatangan orang Eropah adalah berbeza. Kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu digalakkan untuk kepentingan ekonomi dan politik British.

2. Kaum cina datang bekerja untuk membuka lombong bijih timah dan emas. Kedatangan mereka tanpa diikuti oleh keluarga.

3. Fokus kemasukan masyarakat Cina hanyalah untuk memenuhi kepentingan ekonomi dan politik British. Kesannya walaupun ada masyarakat pluralistic tetapi asimilasi tidak berlaku. Namun masyarakat pluralistic ini berlaku dalam bentuk akomodasi sosial iaitu menghormati budaya lain dan meneruskan budaya sendiri secara harmonis.

Kesan idea dan pengaruh seperti Kekayaan, Kemegahan dan agama (Gold, Gospel dan Glory) telah membawa masuk budaya luar ke Alam Melayu.

Contoh:
Kerajaan Jawa yang beragama Hindu telah menggunakan nama Arab ketika melayani pedagang Eropah.
Kerajaan Champa, raja Melayu dan rakyatnya yang beragama Hindu telah menjalankan urusan perniagaan dengan China, India dan Kepulauan Melayu

17. Pluraliti dalam Alam Melayu terjadi melalui pertembungan pedagang ke Alam Melayu dan ia berlaku tanpa paksaan.

18. Keadaan ini berubah apabila kuasa Eropah datang dan menguasai Alam Melayu. Mereka telah menggunakan sistem pemerintahan sehingga mengubah sistem pemerintahan tempatan, menggalakan kedatangan kaum lain ke Alam Melayu untuk kepentingan diri sendiri. Secara tidak langsung masyarakat pluralistic telah diwujudkan oleh penjajah dari Eropah tanpa kerelaan penduduk tempatan.

Zaman pluraliti 

Zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM)
1. KMM adalah zaman keagungan dan keemasan kerajaan Melayu.

2. KMM diperintah oleh sultan dan pembesar yang  sentiasa mempunyai pandangan jauh sehingga
Berjaya menarik perhatian pedagang dari seluruh dunia berdagang di Melaka. Melaka akhirnya dikenali sebagai The Venice of the East.

3. Faktor menarik KMM menjadi terkenal ialah:
- Pemimpin bersikap diplomasi dan sentiasa berfikiran terbuka
- Para pegawai istana terdiri dari kaum Melayu tempatan dan India. Ada orang India yang menjadi pegawai dalam istana sultan Melaka.
- Perkahwinan campur antara anak perempuan pemerintah Cina dan sultan Melaka
- Pemerintah mementingkan keharmonian kaum di Melaka
- Melaksanakan sistem terbuka iaitu menerima sesiapa saja untuk berdagang
- Pentadbiran pelabuhan yang cekap
- Keselamatan laut terjamin daripada ancaman lanun kerana adanya peranan laksamana Melaka yang cekap
- Adanya Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan agama Islam

4. Zaman pluraliti KMM iaitu proses penghijarahan berlaku secara semulajadi tanpa paksaan. Pada masa ini bukan zaman negara bangsa seperti yang dikemukakan oleh British sehingga memerlukan visa dan passport untuk berhijrah.

5. Keadaan di KMM menyebabkan ramai pedagang China dan India  berdagang secara sukarela, berakomodasi dengan penduduk tempatan sehingga melahirkan keturunan masyarakat Baba di Melaka.

Zaman penjajahan
1. Di Eropah berlaku perubahan epistemology iaitu pemisahan antara agama dan negara. Gagasan seterusnya ialah  memisahkan antara agama dan sains moden

2. Stephen Jay Gould (2002) dalam rock of Ages: Science and Religion in the Fullness of Life menyatakan masyarakat umumnya terpisah kepada dua iaitu penyokong kepada agama dan penyokong sains moden. Namun penyokong sains moden lebih ramai berbanding penyokong agama

3. Di Eropah, masyarakat menganggap agama menjadi penyebab kepada masyarakat berselisih pendapat.

4. Ketika British di Tanah Melayu, dasar mengasingkan agama dan sains diteruskan. Oleh itu pentadbiran negara diasingkan dengan sultan mengurus agama dan adatresam, British menguruskan negara. Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan sebelum ini yang mana raja berkuasa mutlak.

5. British memperkenalkan sistem pentadbiran  pengagihan kuasa iaitu kehakiman, eksekutif dan perundangan.

6. Bernard Cohn (sarjana India British) menyatakan bahawa kolonialisme British melibatkan penaklukan ruang fizikal dan sistem pemikiran penduduk pribumi.

Pluralistik di Malaysia
1. Sebelum tahun 1848 hampir semua penduduk Tanah Melayu adalah orang Melayu.

2. Perkembangan bijih timah pada abad ke-19 dan perkembangan getah pada awal abad ke-20, menggalakkan orang Cina dan India masuk ke Tanah Melayu.

3. Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk orang bukan Melayu mengatasi orang Melayu dan muncullah masyarakat majmuk.

4. Komuniti orang Melayu, Cina dan India dapat saling bekerjasama sehingga sama-sama menuntut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

5. Penjajahan British memberi dampak yang besar kepada masyarakat Malaysia antaranya ialah penambahbaikan kehidupan rakyat Malaysia namun menurut Al-Attas penjajah juga Berjaya memisahkan orang Melayu dengan  agama Islam.

6. Birokrasi dan campur tangan British dapat dilihat dalam peristiwa berikut:
i. British mendapatkan Pulau Pinang daripada Kedah pada 1786
ii. Perjanjian Pangkor (1874), Sultan Perak menerima Residen British yang akan menasihati baginda kecuali dalam semua perkara kecuali dalam hal adat dan agama
iii. 1895, sistem Residen di asaskan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
iv. Perjanjian Persekutuan 1895 yang dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896, kempat-empat negeri tersebutdisatukan dibawah nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu 
v. 1909, melalui Perjanjian Bangkok dengan Siam, British meluaskan pengaruh dan campur tangan menguasai Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
vi. Di Sabah, kaum Kadazandusun, Bajau, Murut dan Suluk. Apabila British masuk, mereka telahh membawa masuk orang Cina untuk bekerja di lading getah dan tembakau dan pada 1931 terdapat 50,056 orang Cina di Sabah.
vii. Di Sarawak, kaum Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau adalah penduduk bumiputera namun pada 1871 terdapat 5000 orang Cina dan meningkat menjadi 123,626 ribu pada 1939  orang Cina yang bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong di Sarawak.
viii. Rumusannya ketika di Tanah Melayu, British Berjaya memisahkan agama Islam dengan pentadbiran British yang berbentuk secular dalam politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi dan pendidikan.

Selepas merdeka


1. Politik
i. Hubungan etnik antara kaum Melayu, Cina dan India berjalan lancer dari segi politik terutamanya ketika memohon kemerdekaan dan sejak pilihanraya pada tahun 1955.
ii. Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat kepada ketiga-tiga etnik untuk bersatu dalam Perikatan.
iii. Parti Perikatan terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.
iv. Parti Perikatan mengamalkan sikap bertolak ansur dan bekerjasama antara etnik.
v. Menurut R.K Vasil (1980), pakatan dalam Parti Perikatan dalam dasarnya telah menerima kepimpinan Melayu.
vi. Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri kerana keupayaan beliau mempengaruhi orang Melayu dan bukan Melayu untuk bertolak ansur dalam banyak perkara.
vii. Tempoh tahun 1957-1959, parti Perikatan menghadapi masalah apabila anggota MCA  merasa tidakk puas hati dengan Tan Cheng Lock dan diganti Dr Lim Chong Eu.
viii. Lim Chong Eu memberi tekanan kepada Perikatan untuk memberi kerusi lebih kepada MCA pada pilihanraya 1959.
ix. Perpecahan dalam MCA berterusan sehingga Lim Chong Eu terpaksa meletak jawatan. Perpecahan berlaku kerana ada anggota yang tidak berpuas hati dengan Parti Perikatan
x. Selepas era 1960-an, kerjasama UMNO-MCA-MIC berterusan sehingga terbentuk Barisan Nasinal yang kekal hingga kini
xi. Dasar-dasar kerajaan yang dijalankan atas dasar tolak ansur telah Berjaya meyakinkan rakyat  dan menidakkan tohmahan parti pembangkang yang cuba memecahbelahkan.
xii. Hubungan etnik di Malaysia kini lebih kepada bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam jaringan silangbudaya merentasi batas etnik masing-masing.

2. Perlembagaan
i. Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi sumber segala perundangan lain.
ii. Perlembagaan adalah asas pelaksanaan sistem politik di negara kita.
iii. Perlembagaan adalah panduan asas yang berlandaskan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua etnik di Malaysia
iv. Terdapat dua peringkat kontrak sosial dalam sejarah, iaitu;
a) Pada zaman plurality iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja yang diistilahkan waad. Ia berlaku antara Demang Lebar Daun yang mewakili pihak rakyat dan Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah.
b) Dalam konteks masyarakat pluralistic British telah memberi syarat sebelum bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Ia berkaitan dengan soal kerakyatan. Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan Melayu dengan memberi taraf kerakyatan sebagai keistimewaan sementara orang bukan Melayu bersetuju peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu.

Selain itu setiap kumpulan etnik bersetuju mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan bersetuju hidup bersama-sama.

Pada tahun 1949, kerjasama etnik dibuktikan dengan pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (usahasama antara Tan Cheng Lock dan Dato Onn Jaafar) sebagai bukti kepada British hubungan kerjasama peringkat awal telah terjalin.

Hubungan ini seterusnya menjadi model kepada penggabungan parti politik antara kaum.




3. Pendidikan

Pendidikan sebelum kemerdekaan
i. Sehingga Penyata Razak dikeluarkan pada 1956, tiada bentuk sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernacular wujud pada masa dengan aliran Inggeris, Melayu, cina dan India.
ii. Zaman Inggeris terdapat tiga peringkat pendidikan.
a) Pendidikan British rendah dan menengah dihadiri oleh kanak-kanak bangsawan Melayu dan hartawan Cina, India
b) Sekolah Melayu peringakt rendah dibantu oleh Inggeris dengan matlamat menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa. Wujud sekolah agama untuk mengaji Quran. Tiada sekolah menengah Melayu.
c) Sekolah vernacular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.
iii. Pendidikan pada masa ini berbeza dari segi kurikulum, sukatan mat pelajaran, orientasi dan matlamat pengajaran. Contohnya sukatan pelajaran dan orientasi sekolah Cina dan India adalah berdasarkan negara asal mereka.



Pendidikan pasca merdeka
i. Berorientasikan unsure-unsur tempatan. Sistem pendidikan kebangsaan berasaskan kepada Kurikulum, orientasi dan sukatan mata pelajaran yang seragam.
ii. Pendidikan kebangsaan penting sebagai wadah menyatukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat untuk membentuk identity kebangsaan Malaysia.
iii. Penyatan Razak (1956)  dan Penyata Rahman Talib (1960) menyatakan kepentingan menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
iv. Dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris diguna sebagai bahasa rasmi.
v. Akta Pendidikan 1957 telah memperuntukan bahawa;
1) Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan
2) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, oleh itu sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sabagai salah satu daripada mata pelajaran
3) Pendekatan dalam mata pelajaran Sejarah, geografi dan buku teks berteraskan Malaysia bukan lagi berunsurkan negara Cina atau India
vi. Persetujuan pemimpin dalam Perikatan terhadap Penyata Razak dan Penyata Rahman melalui proses musyawarah telah membuktikan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain.
vii. Ia juga memberi keistimewaan kepada orang Melayu umpamanya dalam Laporan Jawatankuasa Barnes 1951 menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan menggalakkan etnik Melayu mendapat kedudukan dalam jabatan-jabatan kerajaan kerana etnik Melayu jauh ketinggalan berbanding etnik Cina dan India
viii. Kebimbangan ini bersandarkan kepada kemasukan etnik bukan Melayu ke universiti contoh Universiti Malaya pada tahun 1966 – 1967, 70% terdiri daripada pelajar bukan Melayu. 98% di Fakulti Kejuruteraan, 93% Sains dan 84 % perubatan. UTM Kuala Lumpur terdapat 90% bukan Melayu.
ix. Selepas 13 Mei 1969, UMNO menerajui Parti Perikatan menegaskan pendidikan perlu seimbang bagi membantu orang Melayu. Mulai Julai 1969, kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan.
x. Kemasukan ke universiti juga mengikut kuota dan biasiswa.
xi. Kerajaan menubuhkan lebih banyak institusi pengajian tinggi bagi memperbanyakkan orang Melayu ke universiti. Kesannya pada 1960 -65 peningkatan orang Melayu ke universiti ialah 65%
xii. Etnik Cina juga mengambil inisiatif sekolah jenis kebangsaan Cina tetap dikekalkan dengan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Interaksi 2-Konflik Etnik dan Ras


KULIAH 2 :

CONTOH ESEI:

KONFLIK ETNIK DAN RAS 

Pendahuluan 

Konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia. Kurniaan Tuhan supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini, konflik etnik dan ras tetap wujud di setiap pelusuk dunia.

Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan  rasa tidak puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya yang masih ketara. Konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negara-negara Balkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di negara jiran kita Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi. Maka, timbullah persoalan samada konflik etnik dan ras akan berkesudahan?


Pengertian Terhadap Etnik dan Ras

Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain.

Walau bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana memang terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Ini adalah kerana manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan perkahwinan campur sering berlaku di antara satu sama lain. Kesannya akan menghasilkan golongan baru yang mempunyai keturunan campuran yang tidak dapat digolongkan ke dalam mana-mana kumpulan ras.

Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinasikan sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa bentuk, warna rambut, tingkat laku, kelakuan atau tahap intelektual. Pengertian sedemikian menyebabkan sesetengah manusia mengangggap kaum mereka adalah lebih unggul daripada kaum lain.

Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka dan diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun, pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya menurut Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan mengikut ras. Manusia adalah dalam satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia yang lebih baik atau lebih handal dari yang lain semata-mata kerana perbezaan warna kulit, rupa bentuk dan sebagainya.

Pada hakikatnya, ras memang sukar untuk didefinasikan dengan jelas dan tepat kerana telah berlaku campur aduk golongan yang tulen disebabkan migrasi dan perkahwinan campur. Ramai ahli sosiologi turut bersetuju dengan pendapat sedemikian. Contohnya, Van den Berghe (1967), berpendapat bahawa istilah ras itu mengelirukan kerana ianya mempunyai empat pengertian utama.

1. Ras digunakan sebagai satu konsep biologi untuk membezakan manusia atas dasar perbezaan "phenotype" dan "genotype". Walau bagaimanapun, tiada sebarang persetujuan yang dicapai oleh ahli antropologi dan sosiologi dan kebelakangan ini pengertian ini telah pun ditolak oleh sebahagian besar pakar sains sosial.
2. Ras juga digunakan untuk memperihalkan suatu kelompok manusia yang mempunyai beberapa ciri kebudayaan yang sama seperti bahasa dan agama (Misalan: ras Peranchis dan ras Yahudi).
3. Ras juga digunakan secara longgar sebagai erti sekata dengan perkataan spesis (species). (Misalan: ras manusia).
4. Ras juga digunakan untuk merujuk kepada suatu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok-kelompok mereka atas dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah.

Namun begitu, Van den Berghe menegaskan bahawa hanya pengertian keempat sahaja sesuai digunakan dalam konteks sains sosial.

Etnik (ethnic) pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama. Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara fizikalnya adalah sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama. Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi mengelakkan kekeliruan, konsep "kelompok etnik" digunakan bagi merujuk kepada golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam, bahasa, agama dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dari segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan etnik kadang-kala menjadi kabur dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti seperti di Malaysia, di mana kelompok-kelompok Melayu, Cina dan India yang sepatutnya dikenali sebagai kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok-kelompok ras dalam keadaan tertentu.

Mendalami Konsep Rasisme


Prasangka atau prejudis (prejudice) merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme. Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis, 1998). Sebagai contoh, kaum kulit hitam dianggap kurang dari segi intelektual dan kekayaan.

Kebiasaannya, prasangka timbul akibat penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar. Perasaan prasangka sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain - Teori Scapegoat (Dollard, 1939).

Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama-kelama ncian secara membuta-tuli tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan prasangka (Oliver, 1976). Rasisme sering dikaitkan dengan keganasan dan kemusnahan. Kes "pembersihan etnik" (ethnic cleansing) yang terjadi pada kaum Yahudi semasa pemerintahan Hitler merupakan contoh terbaik, di mana rasisme telah mengakibatkan beribu-ribu keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan untuk menonjolkan kaum Jerman sebagai kaum terunggul (Macionis, 1998:223).

Rasisme merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Beberapa percubaan telah dibuat untuk menerangkan asal-usul fenomena ini. Ahli psikologi cuba untuk mencari punca rasisme dari personaliti individu, dan dikaitkan dengan soal kecewaan atau authoritarian personality (penguasaan individu dominan ke atas yang lemah) (Macionis, 1998:48). Bagi ahli sosiologi yang berhaluan Marxis pula, rasisme lebih merupakan sebahagian dari ideologi kaum Bourgeasie (golongan kelas atasan) untuk mempertahankan eksploitasi dan penindasan ke atas kaum bukan kulit putih dalam zaman penjajahan, perhambaan dan imperialisme (Macionis, 1998:220).

Walau bagaimanapun, dua syarat perlu dipenuhi sebelum masalah rasisme wujud. Syarat yang pertama ialah kewujudan dua atau lebih kelompok yang berbeza dari segi fizikal supaya mereka dapat dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kedua, kelompok-kelompok tadi perlu juga berbeza dari segi kebudayaan dan berada dalam keadaan ketidaksamaan yang institutionalized (Ting Chew Peh, 1983:91).

Kesan-Kesan Sentimen Perkauman/Rasisme 


Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.
Kaum-kaum minoriti yang tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan, peluang pendidikan dan pekerjaan. Terdapat juga kaum-kaum yang tinggal jauh dari kemajuan sebagai contoh kaum Negro, ramai daripada mereka yang masih tinggal di kawasan-kawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak asli di Australia dan kaum kulit hitam di Afrika Selatan. Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan secara besar-besaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa pemerintahan Hitler.

Konflik Etnik Dan Ras Di Amerika Syarikat


Di Amerika Syarikat, diskriminasi ras mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem perhambaan yang wujud di negara itu pada kurun ke-18 dan ke-19. Walaupun perhambaan telah dihapuskan, tetapi tidak bererti ketidaksamaan di antara kaum telah dihapuskan. Sehingga kini, masyarakat Amerika umumnya masih menuntut ke arah pembentukan "American Creed" (cita-cita kebangsaan Amerika untuk mencapai kesamaan, demokrasi, kebebasan, keadilan dan lain-lain) dan mengecam sebarang bentuk diskriminasi dan prasangka ras dalam sebarang bentuk.

Sungguhpun kesamarataan hak di antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam pernah diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King pada awal sejarah Amerika Syarikat, namun rusuhan kaum di Los Angeles pada tahun 1992 telah membuktikan kepada dunia bahawa walaupun setelah lebih daripada dua abad Amerika Syarikat mencapai kemerdekaan, namun hubungan antara ras masih begitu rapuh.

Peristiwa hitam 1992 tercetus akibat daripada kes kekasaran ke atas Rodney King oleh dua anggota polis kaum kulit putih, ia telah menyebabkan kemarahan kaum kulit hitam (Associated Press, 3 Mac. 1998). Ekoran daripada itu, rusuhan kaum telah dilancarkan secara besar-besaran di seluruh bandaraya Los Angeles. Seluruh bandaraya Los Angeles menjadi lumpuh akibat daripada rusuhan pada ketika itu. Namun, tidak banyak yang berubah sejak itu. Sentimen kebencian masih menebal di antara ras dan etnik.

Pada hakikatnya, diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata masih berterusan di Amerika Syarikat. Sungguhpun wujudnya idea mengenai individualisme (individualisme) dan kebebasan hak, masyarakat Amerika rata-rata masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Kaum kulit putih diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum bukan kulit putih dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum kulit hitam. Ramai antara mereka masih tinggal di kawasan-kawasan mundur yang dikenali sebagai "ghettoes".

Konflik ras dan etnik di Amerika Syarikat juga dipengaruhi oleh fenomena "Hate crime" iaitu jenayah yang bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau harta bendanya (Macionis, 1998: 141). Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan James Byrd Jr. di Texas baru-baru ini. Dalam kes tersebut, James, seorang kaum kulit hitam telah diikat pada trak dan diheret sehingga mati oleh sekumpulan kaum kulit putih yang dipercayai anti kaum kulit hitam (New Strait Times, 11 Jun. 1998).

Di Amerika Syarikat, media penyebaran juga mempunyai kesan yang mendalam terhadap konflik ras dan etnik. Sering kali isu ketidakpuasan individu atau segelintir masyarakat diperbesar-besarkan serta dikaitkan dengan politik dan perkauman sehinggakan mewujudkan ketegangan antara kaum atau etnik.
Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan terhadap O. J. Simpson, di mana perbicaraan ini telah mendapat liputan meluas media penyebaran (Macionis, 1998:220). Keputusan mahkamah telah dicabar dan didakwa berat sebelah dalam menjatuhkan hukuman kepada kaum kulit hitam. Isu individu dalam soal ini telah dikaitkan dengan ketidakadilan terhadap kaum kulit hitam.

Konflik Etnik Dan Ras Di Asia Tenggara

Di Asia Tenggara, corak diskriminasi yang berlaku berbeza dari keadaan di Amerika Syarikat, Britain atau Afrika Selatan dalam dua aspek yang berlainan. Masalah ras di Amerika Syarikat, Britain dan Afrika Selatan kebanyakannya melibatkan hubungan kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam yang lebih, berasaskan kepada perbezaan fizikal, sedangkan situasi di Asia Tenggara biasanya melibatkan isu perbezaan etnik dan kebudayaan.

Di Malaysia 


Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negare kita dibentuk berasaskan kepada garis perkauman atau etnik.

Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmoni dan kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara.

Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi kesan penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu golongan Melayu. Cina dan India.

Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini. Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi yang berlainan.

Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu tidak dipedulikan langsung.

Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Di samping itu, melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di kalangan mereka.

Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan berbagai kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci menbenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar untuk dikikis habis-habisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan British.

Di Indonesia 


Masalah politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi kayu pengukur kepada keamanannya. Jelas sekali sewaktu keadaan ekonomi di Indonesia mengalami masalah dengan kejatuhan nilai mata wang rupiah. Maka timbulkan masalah konflik etnik yang serious di Indonesia. Politik perkauman yang telah wujud di kalangan-kalangan etnik boleh menjadi punca kepada konflik etnik ini. Dasar kerajaan yang melihat masalah politik dan ekonomi di negara ini sebagai masalah ethik.

Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama penyebab konflik ini. Ini dapat dilihat dengan timbulnya golongan perniagaan dan perusahaan yang tidak sama besar antara kaum, maka ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah etnik. Masalah kepincangan ekonomi di kalangan rakyat ini sebagai masalah keturunan atau masalah kumpulan etnik. Boleh dikatakan bahawa masalah ekonomi dan politik memberi kesan yang mendalam kepada keamanan sesebuah negara.

Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik itu, tetapi tidak akan berjaya mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan rakyatnya. Sebaliknya dasar yang demikian akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi di antara kumpulan etnik itu dan seterusnya akan menimbulkan pula jurang ekonomi dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu sendiri.

Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan perjuangan untuk kepentingan satu-satu kumpulan etnik tertentu daripada kepentingan negara dan rakyat secara umunnya. Keadaan ini telah menyebabkan perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat yang berbagai etnik gagal mencapai tujuannya.

Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati, curiga mencurigai dan permusuhan di kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat keamanan.

Konflik di antara kumpulan etnik di Indonesia bukan berpunca dari faktor keturunan atau fizikal tetapi berpunca dari faktor politik, ekonomi dan kebudayaan. Ketiga-tiga faktor ini menarik kumpulan-kumpulan tersebut ke arah yang berlainan dan mendorong mereka membentuk kumpulan-kumpulan berdasarkan kepada garis etnik. Dengan demikian maka kerenggangan dan pengasingan yang sedia wujud di kalangan mereka itu akan bertambah kritikal lagi. Selanjutnya perbezaan-perbezaan ini boleh menimbulkan perbezaan dalam kepentingan, nilai dan penentangan dalam cita-cita.

Manifestasi perbezaan kelas dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu juga boleh menyebabkan berlakunya konflik. Tiap-tiap kumpulan etnik itu mempunyai kedudukan yang berbeza-beza berdasarkan kepada kelas ekonomi dan status sosial mereka. Penggolongan diri mereka ke dalam kelas-kelas yang berbeza ini boleh menimbulkan masalah etnik.

Konflik Etnik Dan Ras Di Negara-negara Balkan
Senario di negara-negara Balkan adalah amat berbeza dan kompleks. Kemelut di negara-negara Balkan diselubungi oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan sejarah, struktur etnik dan prasangka. Salah satu punca berlakunya konflik di bekas negara Yugoslavia adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik.

Bayangkanlah dalam sebuah negara yang kecil, terdapat tiga jenis agama, empat jenis bahasa ibunda dan saling terpengaruh dengan budaya dari tujuh buah negara sempadan yang lain, tetapi malangnya mempunyai lima jenis kerakyatan dalam pembahagian enam wilayah autonomi (Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Macedonia dan Serbia) (Macionis, 1998:44)

Konflik etnik di Yugoslavia berlaku selepas kejatuhan regim komunis pada tahun 1980. Kesempatan ini telah memperlihatkan tiga kelompok etnik utama iaitu Serb, Croat dan Muslim terheret dalam kancah pertempuran pada awal 1990an. Kaum Serb merupakan kaum dominan dari segi politik dan ketenteraan. Mereka wujud sebagai kaum majoriti di Serbia dan Montenegro, tetapi juga wujud sebagai kaum minoriti di Croatia dan Bosnia. Konflik di negara Balkan bermula pada 25 Jun 1991, apabila wilayah Slovenia dan Croatia mengisytiharkan kemerdekaan.

Walaupun mendapat pengikhtirafan antarabangsa, tindakan Slovenia dan Croatia segera mendapat reaksi dari kaum Serb di Serbia dengan penghantaran tentera bagi menyekat kemerdekaan di kedua-dua wilayah tersebut. Kemerdekaan Slovenia berjalan lancar dan tidak mendapat tentangan hebat dari pihak Serb kerana tidak mempunyai kaum minoriti Serb. Croatia sebaliknya terpaksa mempertahankan wilayahnya dari tentangan kaum minoriti Serb di bumi mereka dan juga tentera persekutuan Serbia.

Pergerakan menuntut kemerdekaan di wilayah jiran turut memaksa Bosnia-Herzegovina menuntut kemerdekaan pada 7 April, 1992 selepas suatu pungutan suara. Tindakan parlimen Bosnia ternyata gagal mengambil kira tahap kepekaan di kalangan etniknya. Struktur etnik wilayah Bosnia yang terdiri daripada gabungan kaum Muslim, Serb dan Croat telah terdedah kepada bahaya pertumpahan darah yang bakal menanti (Fogelquist, 1995).

Selain dari tidak terkecuali dari tentangan pihak Serbia, kedudukan geografi turut menyebabkan Bosnia secara tidak tidak langsung terheret dalam pertem ejarah penubuhan republik Yugoslavia. Bermula dengan zaman penaklukan oleh Empayar Rom, zaman kebangkitan Islam oleh Empayar Ottoman, dan kedua-dua Perang Dunia, kebencian dan rasa tidak puas hati sememangnya tersemat di jiwa setiap etnik. Walau bagaimanapun, cengkaman politik oleh diktator Josip Broz Tito semasa pemerintahan komunis telah berjaya menangkis sebarang konflik etnik (Reidlmayer, 1993).

Konflik di Balkan juga berpunca dari pemimpin yang mementingkan kekuasaan. Selepas kejatuhan fahaman Sosialis, muncul pemimpin radikal Serbia, Slobodan Miloshevich yang melaung-laungkan agenda "nartional question". Agenda tersebut bercita-cita untuk menyatupadukan kaum Serb di Serbia dalam sebuah negara yang bebas dari kaum bukan Serb (Reidlmayer, 1993). Akibatnya, kaum minoriti Albania di wilayah Kosovo diusir dari bumi Serbia. Melalui kempen "pembersihan etnik" (ethnic cleansing), kaum Bosnia telah dibunuh, dirompak, diusir dari kampung halaman, wanita-wanita Bosnia dirogol, manakala lelaki pula ditahan serta diseksa di kem-kem tahanan.

Selain daripada itu, wujud juga ketidakadilan pembahagian sosio-ekonomi. Miloshevich berusaha untuk memperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan politik di seluruh Yugoslavia. Akhir sekali, konflik Bosnia juga memperlihatkan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam misi keamanan di Yugoslavia.

Sekatan senjatan dan ekonomi yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), ternyata berbelah bagi dan memihak kepada Serbia serta mengeruhkan lagi konflik etnik di Yugoslavia (Fogelquist, 1995).

Konflik Etnik Dan Ras Di Lain-lain negara
Konflik Etnik Dan Ras Di Britain
Di Britain juga tidak lepas dari masalah diskriminasi walaupun kaum pendatang di Britain (yang terdiri dari penduduk yang berasal dari Hindi Barat, India, Pakistan dan lain-lain) tidak melebihi dari dua peratus dari jumlah penduduknya. Walaupun diskriminasi ras diharamkan di sisi undang-undang, bentuk-bentuk diskriminasi yang tidak rasmi masih berlaku, terutama sekali dalam segi pembahagian pekerjaan dan perumahan.

Konflik Etnik Dan Ras Di Afrika Selatan
Diskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang telah dimansuhkan pada tahun 1994 di Afrika Selatan, memperlihatkan bagaimana kaum kulit putih yang juga kaum pemerintah melakukan berbagai-bagai jenis penindasan dan eksploitasi ke atas kaum bukan kulit putih (Frederickson, 1981).
Berbeza dari keadaan di kalangan masyarakat lain seperti Amerika Syarikat dan Britain, di mana diskriminasi dan prasangka diharamkan oleh pemerintah. Di Afrika Selatan, diskriminasi adalah disokong oleh pihak pemerintah melalui undang-undangnya. Diskriminasi dan rasisme telah menjadi satu amalan hidup.
Dalam Dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai inferior atau lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah (kaum kulit putih) untuk memastikan kekuasaan mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

Konflik Etnik Dan Ras Di Rwanda
Konflik etnik dan ras di Rwanda pula melibatkan kaum minoriti Tutsi dengan kaum majoriti Hutu. Konflik di Rwanda adalah bersangkut-paut dengan faktor kolonialisme. Semasa zaman penjajahan Jerman dan Belgium, kaum minoriti Tutsi telah diberikan peluang pendidikan dan diserapkan dalam pentadbiran. Ketidakadilan pembahagian sosio ekonomi yang dipraktikkan oleh penjajah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hubungan antara kelompok etnik. Kaum Hutu nyata ketinggalan jauh dari segi pembangunan dan sentiasa diketepikan oleh penjajah.

Pada tahun 1961, kaum minoriti Tutsi telah memenangi pilihanraya dan memegang tunggak kepimpinan negara Rwanda. Keadaan ini telah mendapat bantahan dari pihak kaum majoriti Hutu. Akbibatnya, konflik etnik tercetus dan hampir sejuta rakyat tempatan terkorban (Neil Weiner, 1994). Seluruh negara Rwanda berada dalam kancak peperangan dengan pembunuhan antara kaum Tutsi dengan Hutu.
Konflik Etnik Dan Ras Di Indo-China

Konflik di negara-negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula adalah disebabkan oleh perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja, lebih daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan pemimpin Khmer Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga merebak ke Laos dan pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis, telah meragut nyawa seramai 300,000 orang (Pobzeb, 1997). Konflik di negara-negara Indo-China lebih merupakan jenayah kemanusiaan, di mana rakyat jelata yang tidak berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis.

Faktor-faktor Konflik Etnik Dan Ras


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya konflik etnik dan ras, faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan negara lain. Terdapat beberapa faktor yang utama yang mendorong kepada berlakunya masalah etnik dan ras ini :-
1. Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek politik dan ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat. Setiap kelompok atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu daripada kumpulan masing-masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan persaingan itu. Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat penonjolan berbagai-bagai isu perkauman yang diutarakan untuk memenangi persaingan. Apabila pilihanraya diadakan sudah tentu masyarakat majoriti akan mengalahkan masyarakat minoriti. Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puashati dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok.Apabila kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau konflik akan bertambah hebat.
2. Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata merupakan faktor yang utama pendorong berlakunya konflik etnik dan ras. Terdapat sesetengah masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Ada kaum-kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum lain yang status lebih rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum yang berstatus rendah ini.
3. Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau kelompok terhadap individu atau kelompok yang lain. Konflik akan hanya wujud apabila mereka memandang dan menganggap bahawa perbezaan ras, kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai sesuatu yang boleh membezakan taraf, kedudukan dan sebagainya. Ini terletak pada pandangan mereka sendiri. Ia juga boleh disebut sebagai diskriminasi. Andainya wujud hak kesamarataan atau beranggapan bahawa semua ahli masyarakat adalah sama maka tidak akan wujud konflik . Ini dapat dilihat dari perspektif "transcendentalisme" di mana sifat murni diri perlu wujud agar terhindar konflik etnik dan ras.
4. Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan keanggotaannya kepada anggota dari kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan kumpulan yang diwakilinya. Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik dan ras, jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu di kalangan masyarakat. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik dan ras.
5. Salah satu punca berlakunya konflik adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi nasional.
6. Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau perebutan kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga seringkali akan menggunakan media massa samada surat khabar ataupun media elektronik untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.

Langkah-Langkah Mengatasi Konflik etnik dan Ras

Konflik etnik dan ras ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun rakyatnya. Ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban dan banyak harta yang musnah. Malah ia membawa kerugian dan pengalaman pahit kepada rakyat di negara yang berlakunya masalah konflik etnik dan ras.
Konflik etnik dan ras di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan strategi untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi.

Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.

Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat.

Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.
Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang berkesan .

Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalan penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik.
Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.


Kesimpulan
Dalam perbincangan ini kami cuba mengemukakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya konflik etnik dan ras di negara-negara Balkan, USA dan Asia Tenggara. Kesimpulan yang dapat kami perkatakan dalam berlakunya konflik etnik dan ras ini terdapat persamaan satu negara dengan negara lain. Cuma ada negara-negara tertentu mempunyai sejarah tersendiri yang boleh menyebabkan konflik ini berlaku.
Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras.

Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku.
Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu .

RUJUKAN 
Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.
Fredrickson, G. M., White Supremacy: A Comparative Study in American and South African History, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.
Fogerquist, A. F., 1995. How the War Started, UCLA.
Katz, Phyllis A., 1976. Towards The Elimination Of Racism, New York: Pergamon Press.
Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.
Oliver C., 1976. Race Relations : Elements And Social Dynamics, Wayne State University Press: Detroit.
Riedlmayer, A., 1993. A Brief History of Bosnia-Herzegonia, Harvard University.
Sanusi Osman, 1989. Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.
Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.
Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.

Interaksi 2-Konsep Asas dalam Hubungan Etnik



Kuliah 2:

Konsep-Konsep Asas dalam Hubungan Etnik

Konsep Masyarakat
Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.


Etnik
Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkahlaku yang sama.

Etnosentrisme
Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.

Ras dan Rasisme
Ras dan Etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.

Ras bolah dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dsbnya.

Rasisme
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkaitrapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi

Prejudis: pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip: Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik.orang Belanda itu bersifat kedekut.

Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
 
Konsep Budaya:
Budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu, budhi dan daya.  Budhi ialah kecergasan fikiran dan akal, daya pula ialah perkataan Melayu iaitu kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Oleh itu jika dicantum ia menjadi tenaga fikiran, usaha rohani dan kuasa menggerakkan jiwa

Dalam Kamus Dewan budaya bermaksud kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dall.

Budaya mengikut Kamus Falsafah  (1996) membawa maksud cara hidup manusia, termasuk sikap, nilai, kepercayaan, sastera, sains, bentuk persepsi dan kebiasaan dalam bertindak dan berfikir

Kesimpulannya budaya ialah: suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, sususnan organisasi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

1. Cara hidup yang diamalkan  oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.
2. Ciri-Ciri budaya:
dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah,mempunyai unsur simbolik, adanya pandangan global (world view)
3. Budaya dibahagikan kepada budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Kebendaan seperti rumah, kereta, perahu, senjata dsbnya. Bukan kebendaan seperti kepercayaan, adat istiadat, undang-undang.
4. Adat resam menjadi petunjuk kepada individu untuk bertingkahlaku dalam mayarakat.
5. Bahasa menjadi alat penting untuk berkomunikasi
6. Agama adalah satu sistem nilai kepercayaan dan amalan hidup yang menjadi perlembagaan dalam hidup masyarakat.
7. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Namun ada budaya yang diambil kesan daripada pertembungan dengan pengaruh budaya lain.
8. Kepentingan budaya:
Untuk membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti bangsa
Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, semangat dan mental.
Ia menjadi identiti kepada masyarakat dan keturunannya
Ia diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan yang lain.
Budaya adalah himpunan  nilai yang lengkap sama ada dari segi intelektual dan kebendaaan yang dapat diwarisi untuk memenuhi keperluan masyarakat yang disesuaikan dengan keadaan sekelilingnya.

Konsep Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tana air.

Integrasi: satu proses bagi mewujudkan sati identity nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, social, pendidikan, politik
Integrasi wilayah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara yang maju dan kurang maju contohnyan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur atau Semenanjung dan Sabah/Sarawak
Integrasi ekonomi bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik
Integrasi kebudayaan ialah membentuk satu kebudayaan kebangsaan
Integrasi sosial ialah merangkumi usaha-usaha untuk menyatupadukan rrakyat melalui aktiviti sosial antaranya sukan, pendidikan (aktiviti kokurikulum), kesihatan dan sebagainya
Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi JERI. Contoh penubuhan sekolah Wawasan, Sekolah Kluster dan Sekolah Bestari
Integrasi politik bertujuan untuk menyatukan rakyat melalui kerjasama politik seperti Parti Perikatan

Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.

Akomodasi: 
1. Proses yang memerlukan setiap kumpulan etnik menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain. Mereka juga akan mempertahankan budaya hidup masing-masing.
2. Proses akomodasi jelas kelihatan dalam pemerintahan apabila setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalma bidang ekonomi, pendidikan mereka saling memerlukan.
3. Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Akulturasi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Asimilasi: satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.

Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.

Pluraliti:  Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi.

Rujukan: Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA, 2007.


Monday, 30 July 2012

Interaksi 1-Latar Belakang Hubungan Etnik



KULIAH 1: HUBUNGAN ETNIK
Latar belakang
- Pengenalan
- Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969
Kepentingan Hubungan etnik


Latar belakang
Pengenalan

1. Malaysia terdiri daripada sebuah masyarakat majmuk dan komuniti etnik yang terbesar ialah Melayu,   Cina dan India.

2. Pada tahun 2005, Malaysia mempunyai penduduk melebihi 24 juta orang dan kini anggaran dinyatakan ialah 27 juta orang.

3. Rakyat Negara ini dikatakan mempunyai 200 suku kaum atau etnik yang menganut pelbagai agama, budaya dan bahasa atau dailek.

4. Teori J.S Furnival (1948) dan M.G Smith (1965), mengatakan bahawa konsep masyarakat majmuk adalah untuk mengenalpasti masyarakat yang terdapat di  Asia Tenggara di mana wujud rantaian manusia – orang Eropah, Cina, India di Asia Tenggara dan berbagai-bagai kumpulan anak tempatan. Mereka bergaul tetapi tidak bergabung. Setiap kumpulan berpegang kepada agama masing-masing, kebudayaan dan bahasanya sendiri, idea dan cara hidupnya sendiri.

5. Oleh itu untuk mengatasi masalah perpecahan ini maka Malaysia telah mengadakan pelbagai agenda untuk menyatupadukan agar rantaian manusia Malaysia ini tidak berpecah. Di sinilah masyarakat Malaysia diperkenalkan dengan konsep perpaduan dan integrasi.

Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik, tetapi tidak termasuk biological.
Integrasi pula ialah melibatkan semua penyatuan di atas termasuk aspek biological.
- Menurut Tun Abdul Razak,
“ Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga Negara dapat disalurkan untuk memajukan Negara daripada digunakan  untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian tersebut”
Oleh itu agensi yang bertanggungjawab untuk merealisasikan harapan ini ialah Jabatan Perpaduan Negara yang telah ditubuhkan pada 1969.

6. Latar belakang sebelum Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku:

a. Kesan penjajahan British yang mewujudkan masyarakat berbilang kaum, terutama selepas kedatangan kaum imigran seperti kaum Cina dan India

b. Masyarkat Cina dan India datang ke Tanah Melayu untuk bekerja di sector ekonomi yang telah dikuasai oleh British iaitu perlombongan dan ladang getah.

c. British memperkenalkan dasar pecah dan perintah dimana di bawah sistem ini kumpulan etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India tleah dipisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan masing-masing

d. Kesan pengasingan pekerjaan, tempat tinggal inilah yang dikatakan oleh J.S Furnival
“Mereka bergaul tetapi tidak bergabung. Setiap kumpulan berpegang kepada agama masing-masing, kebudayaan dan bahasanya sendiri, idea dan cara hidupnya sendiri.

e. Akibatnya muncul perasaan curiga antara satu sama lain. Telah berlaku banyak kali rusuhan yang kecil seperti pada tahun 1957 di Pulau Pinang, 1960 di Pulau Pangkor, 1964 di Bukti Mertajam, 1965 di Kuala Lumpur dan 1967 di Pulau Pinang.

f. Akibat daripada rusuhan kerajaan telah bertindak, antaranya:
Menangkap tokoh-tokoh Parti Gerakan seperti V David selama dua bulan dan Lim Kit Siang selama    setahun setengah daripada DAP.
Mengenakan darurat
Mengawal berita-berita radio dan televisyen
Menapis penerbitan akhbar
Mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti politik

7. Tindakah selepas 13 Mei 1969

i. Pengisytiharan daruratv. PM Tunku Abdul Rahman dan Jemaah Menteri telah menasihatan YDPA untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan kepada Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

ii. Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 17 Mei 1969 bertujuan untuk mengambilalih tugas Parlimen untuk sementara. Selain itu Tun Abdul Razak telah memilih ahli politik seperti Tun Dr Ismail (Menteri Hal ehwal Dalam Negeri), Datuk Hamzah (Menteri Penerangan dan Penyiaran), Tun Tan Siew Sin  dan Tun V Sambatahn.

iii. Fungsi MAGERAN ialah untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang Negara, penentu pentadbiran yang licin dan sempurna dan pengembali keharmonian dan kepercayaan kaum.

iv. Penubuhan  Jabatan Perpaduan Negara (JPN) dan Majlis Muhibah Negara (MMN). JPN adalah untuk mengadakan keselarasan dengan ideology Negara serta menuju kearah perpaduan negara dan akhirnya lahirlah Rukunegara. JPN dan MMN digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara dan kini Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

v. Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang berfungsi untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi  sosial rakayt  serta memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia.

8. Faktor berlakunya 13 Mei 1969
a) Pemisahan tempat tinggal atau petempatan
b) Perbezaan tumpuan sector ekonomi
c) Pengasingan sistem pendidikan
d) Fahaman politik yang berbeza
e) Masalah ekonomi
f) Perbezaan kepercayaan dan agama
g) Penggunaan akhbar yang berbeza
h) Kesan pemerintahan Jepun

Pengajaran peristiwa tersebut

1. Pergaduhan tidak menguntungkan sesiapa
2. Semua terpaksa menanggung kerugian kerana kehilangan harta dan nyawa
3. Keharmonian kaum perlu diberi penekanan serius
4. Perpaduan nasional perlu dipertingkatkan
5. Rakyat Malaysia perlu menghormati kaum-kaum lain
6. Sikap toleran dan menghormati adat resam kaum lain sangat penting dijadikan amalan rakyat Malaysia

Rumusannya kepentingan Hubungan Etnik ialah
1. Hubungan etnik akan menjadi cirri penting dalam mencorakkan sistem sosial Malaysia.
2. Menjadi warna kehidupan rakyat Malaysia yang Berjaya dihayati bersama
3. Menyokong dasar dan program pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan (Sekolah Wawasan, Sekolah Bestari, Kluster dll) Dasar Kebudayaan Kebangsaan, penggabungan parti-parit politik seperti Barisan Nasional, Integrasi Wilayah (merapatkan jurang kemiskinan antara luar Bandar dan Bandar) dan merapatkan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak





Thursday, 19 July 2012

Etnik Hokkien


Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, iaitu masyarakat Cina Hokkien, Kantonis, Hailam, Teochew dan Hainan. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa tidak banyak perbezaan dalam kebudayaan, kepercayaan dan budaya yang diamalkan. Etnik Cina lebih dibezakan melalui dialek pertuturan mereka dan terdapat juga sedikit keistimewaan bagi setiap etnik ini yang membezakan mereka antaranya ialah masyarakat Hokkien.
Masyarakat Cina Hokkien yang berasal dari Fujian telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15. Terdapat pelbagai faktor penarik yang menyebabkan mereka datang untuk berhijrah ke Tanha Melayu. Mereka membawa bersama kebudayaan, kepercayaan dan bahasa mereka ke Tanah Melayu. Pegangan mereka terhadap jati diri amat kuat dan sentiasa mengekalkan ciri-ciri yang sewajarnya ada dalam diri masyarakat Cina.
Namun, masyarakat Cina di Malaysia tetap mencintai negara ini. Hal ini kerana Malaysia adalah negara kelahiran mereka walupun nenek moyang berasal dari Tanah Besar Cina. Taat dan setia mereka tertumpah kepada Malaysia. Pada mulanya, orang Hokkien di Tanah Melayu hanya bekerja sebagai pelombong bijih timah dan pedagang. Namun, pada era kini, kebanyakan mereka lebih berjaya dengan menjadi usahawan dan pekerja-pekerja golongan profesional. 

   
SEJARAH KEDATANGAN
Sejarah menunjukkan bahawa kedatangan orang Cina di Malaysia dipengaruhi beberapa faktor. Setiap masyarakat Cina terdiri daripada beberapa etnik dan etnik Hokkien turut berhijrah ke Tanah Melayu pada masa dahulu.

Orang Cina

Orang Cina telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkkan kedatangan orang Cina ke tanah Melayu. Penghijrahan orang Cina semakain bertambah menjelang abad awal ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggong Ibrahim (1825-1862) untuk membuka ladang gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di lombong bijih timah dan lada hitam.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan imigran orang Cina ke Tanah Melayu pada ketika itu. Antara faktor penolak adalah kerana masalah sosial dan ekonomi di negara mereka. Di China sering berlakunya bencana alam seperti banjir dan kemarau yang menyebabkan penderitaan terhadap penduduknya. Aktiviti pertanian  juga tidak dapat dijalankan yang menyebabkan kebuluran kerana bekalan makanan tidak mencukupi. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian juga merupakan faktor bekalan makanan tidak mencukupi. Kekacauan dan ketidakstabilan politik di China juga mendorong penghijrahan rakyatnya ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk China tempatan. Masyarakat Cina yang tidak puas hati sering mengadakan pemberontakan untuk menggulingkan kerajaan Manchu. Pemberontakan yang terkenal adalah Pemberontakan Taiping (1850-1864) dipimpin oleh Hsiu-Chuan tetapi gagal. Oleh itu, kerajaan bertindak dengan lebih kejam untuk memadamkan rasa tidak puas hati rakyat. Ramai orang Cina terpaksa melarikan diri ke negara lain bagi mengelakkan diri menjadi mangsa kekejaman.

Selain itu, terdapat juga faktor penarik yang mendorong penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu antaranya ialah kerana keadaan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor penarik disamping peluang perniagaan yang banyak terutamanya di kawasan bandar. Peluang untuk mengerjakan kawasan pertanian di bawah sistem Kangcu menggalakkan lagi kedatangan orang Cina. Melalui sistem ini, mereka diberi tanah untuk megerjakan pertanian terutamanya penanaman lada hitam.

Keadaan politik yang stabil hasil daripada pemerintahan British yang liberal di Tanah Melayu pada ketika itu juga menjadi daya penarik kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1986 telah menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.

Terdapat tiga cara kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu iaitu melalui Sistem Tiket Kredit, melalui Cara Persendirian dan melalui Sistem Kangcu. Melalui Sistem Tiket Kredit, orang yang tidak  mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan satu perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka selesai. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai ‘singkheh’ dan mereka bebas setelah habis membayar hutang tambang perjalanan mereka. 

Melalui Cara Persendirian, orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897. Sistem Kangcu pula diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor bagi menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Melalui sistem ini, mereka digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih. Ternyata kestabilan dan kekayaan ekonomi di Tanah Melayu merupakan antara faktor utama mengapa orang Cina berminat untuk menetap di Tanah Melayu. 

 Cina Hokkien
Bangsa Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa etnik. Terdapat enam kumpulan etnik yang utama di Malaysia iaitu Hakka, Kantonis, Hokkien, Hailam, Teochew dan Hainan. Perbezaan etnik ini wujud kerana mereka datang dari tempat dan daerah yang berlainan. Nama-nama bagi setiap etnik ini adalah berdasarkan daerah asal mereka ketika di negara China sebelum penghijrahan mereka ke Tanah Melayu. 

Orang Hokkien atau juga dikenali sebagai orang Tionghoa berasal dari daerah Fujian di bahagian tenggara Tiongkok. Istilah Hokkien juga disebut sebagai Minnan yang bererti daerah selatan dari daerah Fujian. Penduduk daerah  Utara daerah Fujian biasanya menyebut dirinya dengan nama kotanya antara lain ialah Hokciu (Fuzhou) dan Hokchia (Fuqing).

Apabila mereka sampai ke Tanah Melayu, mereka membentuk komuniti atau petempatan yang berbeza di seluruh Tanah Melayu. Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di pelabuhan-pelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pekerjaan utama masyarakat Hokkien pada ketika itu ialah pelombong bijih timah, buruh getah dan ladang kelapa sawit, nelayan, penternak dan petani di kawasan-kawasan luar bandar dan separa bandar. Bagi yang tinggal di kawasan bandar, mereka bekerja sebagai pekerja kilang, kerani dan pekerja profesional.

Orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah. Orang Teochew menumpukan perhatian pada pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai serta di kawasan Pantai Perak. Orang Hailam pula bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman.

Di antara kelompok-kelompok Cina tersebut, kelompok yang terbesar ialah Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu, (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka (18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). 

Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu mereka membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

Sehingga tahun 2002, jumlah rakyat Malaysia berketurunan Hokkien adalah lebih dari 300 000 orang. Jumlah terbesar orang-orang Hokkien adalah di Pulau Pinang. Masyarakat berketurunan Hokkien banyak yang telah bermastautin di merata dunia, termasuk negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Penghijrahan orang-orang Hokkien dari wilayah asal mereka tidak sukar difahami kerana sepertimana kita tahu, keadaan di negara China pada penghujung abad ke-19 dan permulaan abad ke-20 kurang stabil dengan masalah kemiskinan dan peluang pekerjaan yang terhad.

IDENTITI DI MALAYSIA

Latar Belakang Orang Hokkien
Hokkien adalah dialek terbesar dalam bahasa Cina yang ditutur dalam kalangan kumpulan-kumpulan masyarakat Cina di Malaysia. Pada asalnya, orang-orang Hokkien adalah berketurunan peneroka Cina yang terawal di Semenanjung Malaysia yang berasal dari Fujian atau dikenali juga sebagai Min iaitu salah sebuah negeri di China. Pada ketika itu, majoriti orang Cina menggunakan bahasa Hokkien sebagai bahasa perdagangan untuk bertutur dengan oarang-orang Cina lain di kawasan tertentu tanpa mengira latar belakang etnik. 
Pada zaman ini, kebanyakan orang Cina di kawasan tertentu tidak lagi bercakap menggunakan dialek asli dari Fujian yang pelbagai.  Mereka lebih senang bertutur dalam dialek yang mengandungi beberapa kata pinjaman dari kumpulan dialek Cina Melayu dan lain-lain. Dialek Hokkien adalah ‘lingua franca’ bagi orang Cina di Johor, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan dan Sarawak. Oleh yang demikian, dialek Hokkien menjadi bahasa perdagangan bagi masyarakat majoriti Cina di negeri-negeri di Malaysia. 
Orang-orang Hokkien terkenal dengan sifat rajin bekerja, jimat cermat, sikap merendah diri, kreatif dan berani diuji. Ciri-ciri inilah yang telah menghasilkan kejayaan kepada mereka contohnya dalam kalangan tokoh-tokoh perniagaan yang terdiri daripada orang Hokkien, iaitu Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Yeoh Tiong Lay, Tan Sri Lee Shin Chen dan sebagainya. Mereka terkenal dan banyak menyumbang kepada kejayaan dan pembangunan negara di samping menjadi dermawan.
Satu temubual bersama dengan salah seorang orang sumber iaitu Puan Fauziah binti Halim merupakan seorang Melayu yang tinggal dalam kalangan masyarakat Hokkien di Kuala Gula. Suami beliau merupakan salah seorang masyarakat Cina Hokkien dan telah memeluk Islam selama 7 tahun ketika ingin berkahwin dahulu. Menurut beliau, dialek Hokkien sedikit kasar berbanding dengan dialek-dialek Bahasa Cina yang lain.


Lebih daripada 80% masyarakat yang tinggal di Kuala Gula adalah masyarakat berbangsa Cina Hokkien. Beliau berkata bahawa orang Hokkien dapat dikenalpasti melalui perwatakan mereka, iaitu kulit orang Hokkien sedikit gelap berbanding dengan masyarakat Cina yang lain. Kulit mereka berwarna sama seperti orang Melayu, iaitu sawo matang. Perwatakan mereka juga lebih aktif dan agresif.  Namun, ciri-ciri ini juga bergantung di mana masyarakat Hokkien itu menetap kerana masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan berhampiran pantai lebih cenderung untuk memiliki kulit yang sedikit gelap akibat cuaca yang panas. Orang-orang Hokkien juga percaya bahawa pendidikan yang baik adalah batu loncatan dalam mencapai kejayaan.

Hasil temubual bersama orang sumber, Lee Hoi Yeh berkata bahawa orang Hokkien lebih suka tinggal di kawasan yang berdekatan dengan pantai dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan, menjadi nelayan dan sebagainya. Orang Hokkien juga cenderung untuk tinggal secara berkelompok di sesuatu tempat. Mereka lebih suka berkumpul dan membina petempatan dalam kalangan mereka contohnya kebanyakan masyarakat Hokkien di Malaysia menetap di Pulau Pinang atau Kuala Gula, Perak. Masyarakat Hokkien di Melaka pula kebanyakannya telah menjadi masyarakat Baba dan Nyonya hasil daripada perkahwinan campuran dengan masyarakat Melayu. Namun, masih ada dalam kalangan mereka yang mengakui bahawa mereka adalah orang Cina Hokkien.


Bahasa

Bahasa Cina
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama, iaitu Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana mereka dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.

Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.

Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor, terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia. 

Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian. Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Masyarakat yang menetap di  Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannya bertutur dalam bahasa Hokkien manakala masyarakat yang menetap di Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. 

Di selatan Semenanjung Malaysia terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Hal ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka dan Mandarin sering dipertuturkan kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.

Pergerakan golongan ini yang terkini adalah untuk menyatukan dan menyusun masyarakat Cina di Malaysia, Singapura dan Indonesia dan memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.


Dialek Hokkien

Hokkien atau dikenali juga (Ban Nam Oay, Taigi, Lan Lang Oay, Tng Lang Oay) adalah bahasa imperialis ketika zaman Dinasti Tang di China. Perkataan Hokkien wujud dalam bahasa Korea dan Jepun sejak zaman purba.

Di Malaysia, Dialek Hokkien selalunya dituturkan oleh orang Hokkien. Dialek Hokkien merupakan dialek yang terbesar yang dituturkan oleh kaum Cina di Malaysia selain daripada Dialek Kantonis dan Dialek Mandarin yang juga menrupakan dialek yang digunakan dalam sesi pembelajaran di sekolah-sekolah aliran Cina. Dialek Hokkien dikatakan agak kasar berbanding dengan Dialek Kantonis. Sebutan dan ejaannya juga berbeza.


Pada dasarnya, bahasa Baba dan Nyonya ialah satu bahasa campuran antara bahasa Cina Hokkien dengan bahasa Melayu. Bahasa Cina lebih banyak diserapkan dalam bahasa Baba berbanding dengan bahasa Melayu. Bahasa Cina yang diserap kebanyakannya adalah dari bahasa Hokkien khususnya nama panggilan untuk sanak saudara kecuali nama panggilan bagi mak, adik dan abang. Panggilan bagi sanak saudara dalam bahasa Hokkien adalah:
i) Ayah = ‘ntia 
ii) Datuk = ‘ngkong
iii) Kakak = tachi
iv) Bapa saudara = impek
v) Adik bapa = nchek
vi) Suami kakak = chau

Lagu Kebangsaan
‘Ai Herb Cia E Ya’ ini adalah lagu kebangsaan suku Hokkien di seluruh dunia. Lirik lagu dari Taiwan ini mencerminkan etika kerja dan semangat berusaha yang sangat tinggi. Seperti lagu-lagu Hokkien lainnya, lagu ini mengandungi semangat dimana erti judulnya saja ‘berjuang dalam bercinta untuk menang’.

BUDAYA DI MALAYSIA

Budaya masyarakat di Malaysia terdiri daripada beberapa aspek, iaitu makanan, perayaan, kesenian dan adat. Setiap aspek pula terbahagi kepada beberapa unsur yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Hokkien di Malaysia.

Makanan 
Makanan yang diulas dalam penulisan ilmiah ini ialah makanan yang seringkali menjadi hidangan masyarakat Hokkien pada waktu yang istimewa seperti hari perayaaan.

Kuih Bulan
Kuih Bulan adalah sejenis kuih masyarakat Cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Mengikut sejarah masyarakat Cina, Kuih Bulan dihasilkan semasa pemerintahan puak Mongol. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik telah dikenakan ke atas rakyat Cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan Puak Ming bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai. Di tengah- tengah kuih tersebut telah diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Sehingga kini, peristiwa ini dirayakan pada setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

 Kuih Bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya telah terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Gambar 3: Kuih Bulan


Chou Zhi Tau
Hidangan ini merupakan sejenis sup yang disediakan dengan menggunakan herba Chou Zhi Tou yang direbus dengan menggunakan kaki khinzir serta dimasak sehingga mengeluarkan aroma yang wangi. Masakan ini merupakan sup herba untuk segelintir masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina dan ia juga merupakan makanan orang Hokkien.  Masakan ini amat baik untuk pelancaran darah dan melegakan keletihan.

Gambar 4 : Chou Zhi Tau

Mee Hokkien
Mee Hokkien ialah sejenis mee yang dimasak dengan gaya suku kaum Hokkien. Masyarakat Hokkien di Malaysia menggemari Mee Udang Hokkien ialah sejenis mee beras yang dimasak dengan udang segar dan udang kering, serta daging babi atau ayam. Mengikut tradisi, kiub kecil lemak daging babi goreng dimasukkan ke dalam sup, tetapi ini kini jarang berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan. Ia dihias dengan udang, kek ikan, sayur-sayuran berdaun, tulang rusuk babi, sotong, bawang goreng, daun bawang dan limau segar. Hidangan ini turut dihiasi dengan hirisan cili merah, sos soya cair dan sambal.

Gambar 5 : Mee Hokkien

Bakcang
Bacang bakcang atau bacang adalah makanan tradisional masyarakat Tionghoa. Perkataan Bakcang berasal daripada dialek hokkien yang lazim dituturkan oleh suku kaum Tionghoa di indonesia. Makanan ini, menurut legenda, muncul pada zaman dinasti Zhou berkaitan dengan simpati rakyat kepada qu yuan yang telah membunuh diri dengan melompat ke sungai miluo. Pada saat itu, bakcang dilemparkan oleh rakyat sekitar ke dalam sungai tersebut untuk mengalihkan perhatian makhluk-makhluk di dalamnya agar tidak memakan jenazah qu yuan. Kemudian, bakcang menjadi salah satu simbol perayaan peh cun atau duanwu. 

Gambar 6 : Bakcang

Perayaan 
Suku kaum Hokkien mempunyai  perayaan yang sama seperti suku kaum Cina yang lain. Namun begitu, sambutan perayaan bagi kaum Hokkien adalah berlainan.

Tahun Baru Cina
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’, ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan yakni titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China ini adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk menghadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut. 

Pada malam Tahun Baru, kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini merupakan simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi  turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’, yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar menandakan sambutan tahun baru bermula.

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar dan pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan ‘yee sang’ dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

Chap Goh Mei
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini. Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Sejarah menyatakan pada tahun 180 sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu iaitu, Maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan pada bulan pertama Imlek Cina dan untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut masih diamalkan sehingga kini.

Gambar 7 : Tanglung
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni yang berbentuk gunung, bangunan, orang, bunga, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih diperbuat daripada gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Kesenian 
Tarian naga
Tarian naga merupakan tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Seperti tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut keturunan naga sebagai lambang identiti etnik.

Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu imej naga Cina dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap daripada alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun. Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah merupakan satu acara utama ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat telah menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu melibatkan sejumlah besar daripada anak lelaki, pemuda, lelaki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari melakukan pantang, warna kostum naga menutupi mereka dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular semasa Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Oleh yang demikian, naga datang dalam lima warna, iaitu warna hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau sahaja.

Sekarang, hasil daripada usaha-usaha orang Cina di seluruh dunia bagi mengekal dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia dan menjadi acara wajib dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Alat Muzik 
-Yang Qin
Yang Qin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China. 

Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, iaitu alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman dalam kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yang Qin.

Gambar 8 : Yang Qin
Yang Qin dibuat daripada kayu, badan Yang Qin itu merupakan peti berbunyi bersama, bentuknya seperti kupu-kupu, maka ada orang menyebutnya sebagai “Hudiqin”. Semasa memainkan Yang Qin, alat muzik itu diletakkan diatas rangka kayu, pemain alat muzik mengambil sebuah palu buluh kecil memukul tali Yang Qin. Teknik permainan Yang Qin banyak, suaranya juga beraneka ragam, boleh berbunyi suara yang tinggi, tebal dan terang. Permainan Yang Qin sesuai dalam suasana riang gembira dan rancak. 

Yang Qin sudah bersejarah lebih 400 tahun di China. Dalam tempoh tersebut, tukang membuat alat muzik China telah mengkaji banyak jenis Yang Qin yang baru, misalnya Yang Qin yang boleh mengubah bunyi, mengaubah irama dan Yang Qin yang suaranya berbunyi melalui gelombang elektrik. Yang Qin itu dapat digunakan dalam permainan solo dan iringan, maka sangat disambut oleh pemain Yang Qin. Yang Qin telah mempunyai ciri-ciri tradisional dan langgam bangsa China melalui perkembangan dalam tempoh banyak tahun dan menjadi sejenis alat muzik yang diminati ramai orang.

Erh-Hu
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebelah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.




Gambar 9 : Erh-Hu
Pipa
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian. Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai bunyi bila tali-tali dipetik. 

Gambar 10 : Pipa

Seni Lakon

Wayang Potehi 
Wayang potehi merupakan salah satu jenis wayang khas Tionghoa yang berasal dari negara Cina bahagian selatan. Kesenian ini dibawa oleh perantau etnik Tionghoa (Hokkien) ke pelbagai wilayah nusantara pada masa lampau dan telah menjadi salah satu jenis kesenian tradisional. Cerita yang ditampilkan berasal dari legenda rakyat tiongkok, seperti sampek engthay, sih djienkoei, capsha thaypoo, sungokong, dan lain-lain. 


Gambar 11 : Wayang Potehi

Adat
Perkahwinan
Adat perkahwinan dalam masyarakat Cina amat dititikberatkan. Masyarakat Cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat adalah dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan dalam masyarakat Cina iaitu eksplisit dan implisit.
Pada asasnya, terdapat beberapa peringkat dalam adat asas perkahwinan dalam masyarakat Cina. Pertama sekali, adat merisik dijalankan bagi mengetahui latar belakang  gadis yang diingini. Hal ini kerana masyarakat Cina amat mengambil berat tentang nama, keturunan, keperibadian, watak dan sikap bakal pasangannya. Hal ini penting bagi mengekalkan hubungan perkahwinan tersebut. Merisik dilakukan dalam pelbagai cara. Secara lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina menjalankan adat merisik dengan menghantar seorang wakil ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Segala ketetapan yang telah dipersetujui akan dimaklumkan kepada keluarga pihak lelaki. Masyarakat Cina juga gemar mengadakan perbincangan di restoran-restoran dengan disertai oleh saudara mara lain. Tradisi makan bersama amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan hubungan diantara kedua belah keluarga. Isi perbincangan ketika merisik adalah berkaitan perkara-perkara umum terutamanya latar belakang keluarga dan keturunan.

Seterusnya, hari pertunangan akan dilangsungkan berdasarkan kalendar Cina. Tarikh pertunangan tersebut hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Dalam upacara ini, khidmat tukang tilik akan diguna bagi menetapkan tarikh tersebut berdasarkan sebuah iaitu Toong-Su. Upacara ini penting kerana mengikut kepercayaan mereka, jika dilakukan pada waktu yang tidak bersesuaian dipercayaai akan ditimpa bencana dan perkahwinan tidak berkekalan.   Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah tamat tempoh pertunangan selama setahun  atau mengikut tarikh yang ditetapkan. Pada waktu ini, bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah pengantin perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara menukar cincin ditukarkan mengikut masa yang telah ditetapkan.  Kedua-dua bakal pengantin akan menyarung cincin di jari manis kiri sehinggalah tiba hari perkahwinan. Si gadis akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyesang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik sebagai bukti persetujuan. Setelah pihak lelaki menerima Nyen-sang, mereka akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Lazimnya, hantaran dan mas kahwin akan diberi semasa pertukaran cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Hantaran terdiri daripada sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup untuk diberi kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberikan.  Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan akan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Seterusnya, hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Jika berlaku sebarang kematian dalam kalangan ahli keluarga bakal pengantin sebelum tibanya hari perkahwinan, perkahwinan mesti ditangguhkan pada tahun berikutnya atau selama seratus hari. Hal in, kerana tidak manis jika mengadakan majlis perkahwinan ketika orang lain sedang berkabung. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan dihias cantik dan segak pada hari perkahwinan tersebut. Pada masa dahulu, masyarakat Cina memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Warna ini dikatakan membawa tuah. Menurut hasil temubual bersama dengan orang sumber iaitu, Saudara Lee Hoi Yeh, pada zaman ini, kebanyakan masyarakat Cina turut mengenakan baju pengantin berupa gaun-gaun moden bagi pengantin perempuan manakala pengantin lelaki memakai kot seperti yang banyak dipakai oleh masyarakat Barat. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya. Di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara minum teh sangat penting dan masih diamalkan sehingga ke hari ini. Adat minum teh merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walaubagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina moden hari ini.

Acara kemuncak pada hari perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Acara ini diadakan secara besar-besaran sama ada di rumah, restoran atau di dewan. Ang-pau akan diberi kepada pasangan pengantin oleh tetamu yang datang ke jamuan tersebut. pengantin akan mengambil kesempatan yang ada bagi mengenali ahli keluarga di kedua belah pihak pada ketika itu.  Akhir sekali, kedua-dua pasangan pengantin akan mendatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.

Melalui temubual yang dijalankan, adat perkahwinan bagi masyarakat Cina Hokkien adalah sama seperti masyarakat Cina yang lain. Hanya terdapat sedikit perbezaan seperti bagi masyarakat Hookien, ketika berlangsungnya majlis perkahwinan terdapar beberapa barang yang perlu ada dan dipatuhi seperti sepasang tebu, sepasang ayam yang terdiri daripada seekor ayam jantan dan seekor ayam betina, kelapa, payung dan banyak lagi. Barang-barang ini diperlukan bagi menjalankan beberapa upacara mengikut adat mereka.
 Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya dalam kalangan mereka yang beragama Kristian.

 Adat Menyambut Kelahiran
Terdapat pelbagai pantang larang dan adat resam yang perlu dipatuhi dalam amalan masyarakat Cina. Perkara ini termasuklah beberapa adat dan pantang larang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Cina sewaktu menjalani proses mengandung sehinggalah bayi tersebut selamat dilahirkan.

Sewaktu mengandung, pelbagai adat perlu diikuti oleh masyarakat Cina bagi memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa bencana dan sebarang kejadian buruk seperti kecacatan, keguguran atau kematian. Wanita-wanita Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan amalan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina, yang bertanggungjawab menjaga wanita mengandung adalah ibu mertua dan bukannya suami. Mereka juga amat mementingkan anak lelaki. Anak lelaki amat dipentingkan kerana melaluinya keturunan boleh dilanjutkan apabila anak lelaki tersebut mewarisi nama nenek moyang mereka. Manakala anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa hanyalah sehingga mereka berkahwin. Setelah berkahwin anak perempuan dianggap sebagai hak milik keluarga suaminya. 

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Hal ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. 

Selain itu, wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Daripada segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali mengambil  makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan dalam kuantiti yang banyak kerana dikhuatiri bayi yang bakal dilahirkan menjadi terlalu besar. Hal ini akan memberi kesukaran kepada si ibu untuk melahirkan anak tersebut. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat kepada bentuk perut wanita yang hamil, terutamanya apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas anak selamat dilahirkan, wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata. 

Bagi pemakanan untuk wanita selepas bersalin, mereka disarankan untuk makan makanan yang  menggunakan sejenis arak yang telah diperam. Arak itu dimasukkan dalam masakan mereka bersama-sama ayam, lada, halia dan kemudiannya digoreng. Masakan yang bersifat panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga. Sama seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina turut mengadakan kenduri apabila bayi mereka mencapai umur sebulan dan majlis cukur rambut. Sejenis kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah akan diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. 

Adat mencukur rambut akan diadakan sebagai tanda pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat. Mereka mencukur rambut bayi kerana masyarakat Cina beranggapan rambut bayi yang dilahirkan itu adalah hanya rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk rambut baru tumbuh. 

Bayi yang dilahirkan juga perlu diberi nama yang sesuai. Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti membawa maksud lambang kekayaan, kesejahteraan dan kemewahan. Bunyi nama tersebut juga hendaklah sedap didengar. Nama yang diberi adalah berdasarkan kepada kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Timbangan unsur Ying dan Yang yang sama berat juga dititikberatkan dalam penamaan anak yang dilahirkan. Nama anak juga mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melangkapi. 

Nama tersebut hendaklah terdiri daripada tiga perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama satu generasi dalam kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama panggilan bagi diri sendiri adalah nama yang ketiga. Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga dipercayai akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. Kerumitan untuk memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang lama terutamnya bagi mereka yang terikat dengan adat yang memerlukan mereka merujuk kepada kitab-kitan tertentu. 


 Kematian
-Semasa Kematian
Bagi masyarakat Cina, mereka amat berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Adat-adat tersebut dijalankan mengikut seperti yang telah diwariskan dari nenek moyang mereka. 

Apabila berlakunya kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Setelah dimandikan, mayat akan disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutamanya ketika di alam akhirat. Mayat tersebut juga akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya, pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika majlis perkahwinan si mati. Oleh itu, menjadi satu kewajipan kepada masyarakat Cina untuk menyimpan pakaian perkahwinan mereka untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati juga akan dihias dengan aksesori yang lain terutamnya jika si mati itu seorang wanita. Setelah itu, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Jika si mati seorang yang kaya, kerandanya diukir dengan bersalut logam. Keadaan, rupa dan bahan untuk membuat keranda serta harga keranda melambangkan kedudukan dan darjat si mati ketika hidup.

Setiap kematian yang berlaku akan diiringi dengan tangisan-tangisan ahli keluarga dan sahabat si mati. Mereka akan meratapi pemergian si mati dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu untuk diziarah oleh orang yang datang sehinggalah diusung ke kawasan tanah perkuburan. Tangisan yang dilakukan lazimnya akan diselit dengan kata-kata yang berunsur pujian dan kata-kata yang menunjukkan jasa baik yang telah dibuat oleh si mati ketika hayatnya. Keburukan si mati dilarang sama sekali diungkit dalam tangisan. Jika terjadinya hal ini, roh si mati tidak akan tenteram dan tersiksa. Terdapat juga segelintir masyarakat Cina yang akan melunaskan segala hutang si mati agar si mati tidak akan disoal di akhirat kelak. Tangisan keluarga terutamanya ibu bapa atau saudara mara yang lebih tua dianggap lebih baik dan amat digalakkan dalam masyarakat Cina. Mereka juga akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisi pemergian si mati. Sesiapa yang menangis paling kuat dan berada dalam keadaan paling bersedih akan mendapat upah yang lebih lumayan. Tangisan akan berlanjutan sehinggalah mayat si mati dikebumikan.

Setelah itu, mayat akan dibawa ke tanah perkuburan atau dipanggil sebagai jirat untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu, masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Semasa mengiringi mayat, pelbagai jenis lagu akan dimainkan. Lagu tersebut adalah berunsur keagamaan atau lagu-lagu tradisional yang melambangkan kesedihan atas pemergian si mati. Ada juga yang akan mendendangkan lagu si mati ketika hidup. Pemuzik lazimnya ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat. 

Pada hari tersebut, keluarga si mati akan memakai pakaian bewarna hitam. Warna lain tidak digalakkan terutamanya warna merah yang dianggap mempersendakan si mati dan juga keluarganya. Pakaian lain yang dilarang dalam upacara kematian adalah baju yang berbunga. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Mereka juga akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak di sepanjang perjalanan ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas. Adat ini dijalankan kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, cara ini adalah bagi memastikan roh mengetahui jalan untuk pulang ke rumah dengan berpandukan kepada kertas-kertas tersebut. 

- Upacara Pengebumian
Ketika berlangsungnya upacara pengebumian, mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur untuk mencuri barang-barang yang diletakkan dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagi masyarakat Cina, kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Semakin tinggi kawasan perkuburan, semakin mahal harganya. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang.

Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga mereka  yang telah meninggal dunia.

-Selepas Kematian
Selepas upacara kematian, semua ahli keluarga si mati akan menjalankan adat berkabung. Bagi upacara berkabung, pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa hari sehingga tamat tarikh berkabung. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.

a) Kelainan Upacara Pengebumian Masyarakat Hokkien
Adat pengebumian yang dijalankan oleh masyarakat Cina etnik Hokkien adalah sama dengan masyarakat-masyarakat Cina yang lain. Mereka juga mengamalkan adat-adat seperti memakaikan si mati dengan pakaian yang cantik, menangisi pemergian si mati dan lain-lain lagi. 
Hanya terdapat sedikit perbezaan dalam masyarakat Cina Hokkien iaitu, apabila berlakunya kematian seorang orang Cina etnik Hokkien, seorang tok bomoh akan diupah ketika waktu pengebumian untuk membaca kitab. Terdapat juga upacara mengelap muka mayat. Bagi sanak saudara si mati pula, mereka akan memakai pakaian seragam sama seperti yang dipakai oleh masyarakat-masyarakat Cina yang lain. Tetapi masyarakat Cina Hokkien memakai baju dari warna yang berbeza dimana setiap warna melambangkan status pemakai terhadap si mati.  Contohnya,  warna hitam dan putih bagi anak si mati dan warna biru pula dipakai oleh cucu sebelah anak perempuan si mati. 

Pakaian
Bagi masyarakat Cina Hokkien, pakaian golongan ini adalah sama seperti etnik Cina yang lain sama ada baju tradisional, perkahwinan mahupun harian.

Cheongsam 
Cheongsam adalah sebuah pakaian tradisional untuk wanita Cina. Dahulunya, Cheongsam seringkali digayakan tanpa mengira majlis. Namun demikian, kini Cheongsam hanya digayakan pada sambutan perayaan sahaja terutamanya Tahun Baru Cina. Cheongsam yang bergaya dan ketat sering digayakan pada hari ini.

Gambar 12 : Cheongsam

 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Masyarakat Cina percaya bahawa terdapat alam yang dipenuhi dengan unsur roh dan syaitan, tuhan dan pahlawan yang akan mengikut orang Cina ke mana sahaja mereka pergi. Malah ia merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka selain dikelilingi dengan dunia kebendaan. Terdapat beberapa anutan dalam masyarakat Cina. antaranya ialah agama Buddha, Confucious dan Taoisme. Namun mereka bertolak ansur dengan mazhab yang bukan anutan mereka. Terdapat juga antara mereka yang menganut dua atau ketiga-tiga kepercayaan sekaligus. 

Pada dasarnya pandangan masyarakat Cina membahagikan kehidupan “langit” (alam ghaib) dan kehidupan di bumi (alam dunia nyata). Mereka percaya bahawa alam semesta ini sebagai akibat daripada kekuatan alam. Alam dikuasai oleh semangat-semangat yang kekuatannya adalah luar biasa. Alam semesta semata-mata hanyalah ekspresi dari kekuatan-kekuatan alam yang dipengaruhi oleh semangat-semangat yang mendiami alam. Beberapa semangat itu berada dan hidup di dalam fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung, serta fenomena-fenomena alam yang lain. Di antara semangat-semangat alam itu adalah semangat yang berasal dari arwah nenek moyang yang kekuatan hidupnya sangat besar.

Menurut dasar pemikiran orang Cina, seluruh fenomena alam itu dapat dibahagikan kepada dua klasifikasi iaitu yang dan yin. “Yang” merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya (siang), dan segala yang termasuk keaktifan, sedangkan “yin” adalah suatu prinsip untuk wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap (malam), dan segala yang bersifat pasif. Orang Cina beranggapan bahawa manusia harus dapat menyesuaikan diri dengan ritma alam semesta. Kehidupan haruslah harmoni dengan tiga dasar, iaitu kehidupan langit, bumi, dan kehidupan manusia itu sendiri. Di samping itu harus disesuaikan pula dengan feng shui yang bererti angin dan air. Penyesuaian itu bererti hidup manusia itu harus disesuaikan dengan arah angin dan keadaan air di mana manusia bertempat tinggal. Setiap bangunan yang dipergunakan harus disesuaikan dengan keadaan feng shui, sehingga akan terhindar dari segala malapetaka.

Kedua, prinsip yin dan yang ini merupakan nafas dan kekuatan yang dilambangkan dalam bentuk lingkaran yang dibahagi dalam dua bahagian dengan garis yang saling melingkar yang memisahkan yang dan ying. Bulatan melambangkan prinsip alam semesta, dimana alam semesta ini terwujud oleh karena kedua prinsip kesatuan antara yang dan yin. “Yang” merupakan daya cipta suatu sifat Tuhan yang memberi gerakan dan hidup kepada sesuatu. “Yin” bersifat bahan atau zat yang diberi kemampuan menerima “yang”, sehingga terjadilah hidup dan bergerak. Dengan kata lain, “yang” bersifat memberi dan memperbanyak, sedangkan “yin” bersifat menerima dan menyimpan. 

Kesatuan hidup ini menterjemahkan fenomena alam semesta seperti air, kayu, bumi, dan makhluk hidup di dalamnya. Penciptaan dan pergerakan kesatuan yang dan yin tunduk dan mengikuti hukum tata kehidupan alam semesta sehingga dengan demikian bergerak dengan teratur dan berirama. Ritma ini mengisi dan mengatur setiap ruangan di alam semesta ini seperti jalannya matahari, bintang, bulan, pergantian musim, dan lain-lain. Ritma ini disebut tao iaitu bagaimana sesuatu di dunia itu dijadikan dan jalan bagaimana orang mengatur hidup. Tao adalah jalan Tuhan. Dasar inilah yang menimbulkan fahaman Taoisme.
Dalam kehidupan orang Cina, ada tiga ajaran yang mereka anuti iaitu Toisme, Konfusianisme, dan Buddha. Ketiga-tiga ajaran ini sudah saling menyatu (sinkretisme) dan dikenal dengan nama San Jiao atau Sam Kauw (dialek Hokkian). Dalam kehidupannya, orang Cina memang sangat bertolak-ansur terhadap soal-soal agama. Setiap agama dianggap baik dan bermanfaat, begitu juga dengan ajaran Taoisme, Konfusianisme, dan Buddha yang mempunyai banyak persamaan pandangan dan saling memerlukan sehingga ketiga-tiga ajaran tersebut bergabung menjadi satu.

 Taoisme
Taoisme merupakan ajaran pertama bagi orang Cina yang dikemukakan Laotze. Ia dilahirkan di Provinsi Hunan pada tahun 604 SM. Dikisahkan, Laotze merasa amat kecewa akan kehidupan dunia, sehingga ia memutuskan untuk pergi mengasingkan diri dengan tidak mencampuri urusan keduniawian. Beliau kemudian menulis kitab Tao Te Ching yang kelak menjadi dasar pandangan ajaran Taoisme. Tao bererti jalan. Kitab Tao Te Ching memuat ajaran bahwa seharusnya manusia mengikuti hukum alam, iaitu dengan menilik kesederhanaan hukum alam. Dengan Tao manusia dapat menghindarkan diri daripada keadaan yang bertentangan dengan kehendak alam semesta. Taoisme diakui sebagai seorang yang berfikiran sistematik dan mempengaruhi masyarakat Cina sekarang.

Pada zaman pertengahan dinasti Han muncul seorang yang bernama Zhang Dao-ling, yang juga menulis kitab Tao. Ia juga menyembuhkan orang sakit, membuat azimat sehingga banyak orang yang kemudian menjadi pengikutnya. Begitu besar pengaruhnya hingga pada akhirnya ajaran-ajarannya menjadi dasar dari agama Tao yang kemudian disebut Tao-Jiao. Di dalam penerapannya, aliran mereka berbeza dengan ajaran Tao yang dilontarkan oleh Lao-tze. Jika Lao-tze mengajarkan hidup selaras dengan alam, Tao-Jiao mengajarkan untuk menentang kehendak alam. Usaha ini dilakukan dengan jalan melakukan tapa untuk hidup abadi, membuat azimat dan kias guna menolak pengaruh jahat, sakit, penyakit, dan sebagainya. 

Confucious
Konfusianisme atau Konghuchu mulai dikenali di China melalui pemikiran-pemikirannya yang cemerlang yang dilontarkan pada zaman Chou Timur (770-221 SM). Konghuchu lahir pada tahun 551 SM berasal dari kota Lu, Provinsi Shandong. Pada masa itu dinasti Chou tengah kehilangan hak terhadap para tuan tanah yang menduduki hampir setengah bahagian dari wilayah China. Konghuchu dibesarkan oleh ibunya kerana beliau sudah kehilangan ayahnya ketika masih berusia tiga tahun. Ketika dewasa dan bekerja sebagai pegawai di kuil bangsawan Zhou, beliau mengikuti semua ciri-ciri yang terdapat dalam perayaan yang akhirnya menjadikannya sebagai seorang yang pakar dalam ritual agama kuno. 

Konfusianisme adalah humanisme, tujuan yang hendak dicapai adalah kesejahteraan manusia dalam hubungan yang harmonis dengan masyarakatnya. Kudrat manusia menurut Confusious adalah “pemberian langit”, yang bererti bahwa dalam hal tertentu ia berada di luar pilihan manusia. Kesempurnaan manusia terletak dalam dirinya sebagai manusia yang seharusnya. Moral merupakan realiti daripada rencana yang ada dalam manusia. Oleh kerana itu, tujuan manusia yang paling tinggi adalah mencari petunjuk bagi nilai yang menyatukan manusia dengan seluruh isi alam semesta. Bagi Confusious, manusia adalah baian dari konstitutif seluruh isi alam semesta. Manusia harus berhubungan secara indah dan harmoni. Secara kesimpulan, ajaran Konfusius dapat disimpulkan menjadi tiga cara, iaitu:

a) Pemujaan terhadap Tuhan (Thian)
Konfusius mengajarkan keyakinan kepada pengikutnya bahwa Thian atau Tuhan menjadi awal atas sumber kesadaran alam semesta dan segalanya. Ia menekankan bahawa amat perlu untuk melakukan sembahyang korban terhadap Thian. Pengertian Tuhan dalam kepercayaan Tionghoa sebenarnya juga tidak berbeza dengan agama-agama yang lain, iaitu sebagai pencipta alam semesta dan segala isinya. Kepercayaan dalam kalangan rakyat, Tuhan biasanya disebut sebagai Thian atau Shangdi atau Siang Te (dialek Hokkian). Thian adalah penguasa tertinggi alam semesta ini. Oleh yang demikian, kedudukan-Nya berada di tempat yang paling agung, sedangkan para dewa dan malaikat yang lain adalah para pembantunya dalam menjalankan roda pemerintahan di alam semesta ini, sesuai dengan fungsinya masing-masing. Dalam sistem pemerintahan ini, cermin daripada prinsip Yin dan Yang diwujudkan dalam bentuk pemerintahan di dunia dan pemerintahan syurga yang dilakukan oleh para dewa yang diketuai oleh Shangdi. 
Rakyat percaya pemerintahan syurga memiliki struktur yang sama dengan pemerintahan dunia. 

b) Pemujaan terhadap nenek moyang
Pemujaan terhadap nenek moyang adalah menolong seseorang untuk mengingat kembali asal-usulnya. Di sini asal mula manusia adalah daripada nenek moyangnya. Upacara pemujaan terhadap nenek moyang di sini memerlukan hidangan. Sebahagian besar aktiviti rumah tangga dalam keluarga Cina selalu berhubungan dengan roh nenek moyang. Salah satu fungsi utama dalam keluarga adalah melakasanakan pemujaan terhadap nenek moyang. Pemujaan nenek moyang dipandang sebagai kewujudan daripada jasa anak terhadap orang tua dan nenek moyangnya (Xiao). Pelaksanaan upacara pemujaan nenek moyang dalam keluarga dipimpin oleh ayah sebagai kepala keluarga. Keluarga Cina mewarisi keturunan dari pihak ayah atau disebut patrilineal. Garis keturunan sangat penting bagi mereka untuk menjaga kelangsungan keluarga. Oleh kerana itu, anak lelaki sangat penting untuk meneruskan garis keturunan.

c) Penghormatan terhadap Konfusius
Kewajiban bagi orang Cina untuk menghormati Konghuchu yang dianggap penghormatan terhadap orang tua. Konghuchu dianggap telah berjasa dalam mengajarkan dasar-dasar ajaran moral yang sampai sekarang masih terus diterapkan.

 Buddhisme
Agama Buddha sudah menjadi sebahagian dari falsafah Cina selama hampir 2000 tahun. Meskipun Buddha bukanlah merupakan agama asli, melainkan pengaruh dari India, tetapi ajaran Buddha mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam kehidupan orang Cina. Agama Buddha menyarankan penganutnya menghindarkan manusia dari penderitaan. Kejahatan merupakan permulaan bagi penderitaan. Manusia yang lemah, tidak berpengetahuan akan mudah terkena kejahatan dan sulit untuk membebaskan diri dari penderitaan.
Pengasas agama Buddha adalah Sidharta Gautama. Beliau dilahirkan daripada keluarga bangsawan di India. Sewaktu kecil, ayahnya menjauhkan Sidharta daripada segala macam bentuk penderitaan dunia sehingga suatu hari secara tidak sengaja beliau melihat orang-orang yang selama ini belum dilihatnya, iaitu orang-orang tua, seorang yang sakit dan yang meninggal. Kenyataan tersebut membuatkan beliau kemudiannya meninggalkan istana dan bertapa di bawah pohon bodhi. 

Buddhisme masuk ke Cina kira-kira abad 3 Masihi, pada masa pemerintahan dinasti Han. Buddhisme selanjutnya mengalami perkembangan sendiri di negara tersebut. Ajarannya di China mendapat pengaruh daripada kepercayaan yang sudah ada sebelumnya, iaitu Taoisme dan Konfusiansianisme. Hal yang paling kentara daripada percampuran ini ialah dengan munculnya sekte Shan, yang juga muncul di Jepun dengan nama Zen yang merupakan Buddhisme India bercorak Taoisme Cina. Wujud dari agama ini adalah timbulnya versi-versi signifikan dari dewa-dewa Buddha, seperti Avalokitecvara, Maitreya, dan sebagainya. Avalokitecvara berubah menjadi Dewi Welas Asih (Guan Yin atau Kwan Im). Dewi ini sangat popular sekali dalam kalangan orang Cina, tempat orang memohon pertolongan dalam kesukaran, memohon keturunannya dan sebagainya


OLEH :
MUHAMMAD FARHAN MESWAN
NURUL RAIHANA KAMARULHISHAM
NIK NUR AINI SYAIRAH NIK HASSAN BASRI