Wednesday, 1 August 2012
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Latarbelakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Rasional
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanp mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka,ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.
Objektif
Dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi,dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Strategi Pelaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:
(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
(g)Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca,menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmupengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh
(i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978
(j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan diperingkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan
(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan
kadet tentera, kadet polis,pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengadakan dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini.Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks,Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.
Dasar wawasan negara, wawasan 2020, Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara, PLKN
Pelajar boleh lihat power point tajuk berikut, sila klik link yang telah diber
Dasar Wawasan Negara
Wawasan 2020
Integrasi Nasional
Jabatan Perpaduan Negara
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Dasar Wawasan Negara
Wawasan 2020
Integrasi Nasional
Jabatan Perpaduan Negara
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Tuesday, 31 July 2012
Interaksi 9 - Hubungan Etnik Peranan Kerajaan Dan Masyarakat
Nota kuliah 9 dalam bentuk Power Point
Hubungan etnik Peranan Kerajaan dan Masyarakat
Hubungan etnik Peranan Kerajaan dan Masyarakat
Interaksi 8 -Cabaran dan Pemupukan Hubungan Etnik
Nota Kuliah 8 dalam bentuk Power Point
Cabaran dan Pemupukan Hubungan Etnik
Cabaran dan Pemupukan Hubungan Etnik
Interaksi 7 - Agama dan Hubungan Etnik
Nota kuliah 7 dalam Bentuk Power Point
Agama dan Hubungan Etnik
Agama dan Hubungan Etnik
Interaksi 5 - Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
Kuliah 5
Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
• Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia
• Kerjasama politik dan hubungan etnik
Konsep Modenisasi dan pembangunan politik
1. Matlamat pembangunan ekonomi ialah untuk mencapai kemajuan dan pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan masyarakat perindustrian
2. Matlamat pembangunan politik ialah pembinaan negara bangsa
3. Maksud negara bangsa ialah suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara (bangsa))
4. Ada pendapat yang mengatakan satu negara perlu dibentuk daripada satu bangsa contoh Jepun membentuk negara Jepun.
5. Oleh itu di Malaysia perlu ada satu bangsa Malaysia bagi negara Malaysia.
6. Kesan peperangan, migrasi dan penjajahan terdapat bangsa yang tidak bernegara atau negara yang tidak berbangsa.
7. Bagi Malaysia, matlamat pembangunan modenisasi politik ialah pembinaan negara bangsa.
8. Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui beberapa kaedah yang bersifat top-down iaitu penghayatan ideology negara, penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh pihak kerajaan, pemupukan semangat nasionalisme melalui simmbol dan ritual negara.
9. Pembangunan politik berlaku dalam tiga proses iaitu:
i. Perbezaan struktur politik iaitu perubahan struktur politik yang bersifat feudal kepada struktur politik yang berpegang kepada prinsip pembahagian kuasa pemerintahan antara tiga badan yang saling terpisah dan mengawasi antara satu sama lain iaitu kehakiman, perundangan dan eksekutif.
ii. Sekularisasi budaya politik ialah perubahan budaya politik daripada budaya politik feudal dan tidak memisahkan antara agama dengan negara kepada budaya politik yang memisahkan kedua-dua unsur tersebut
iii. Penyertaan politik yang besar oleh rakyat ialah apabila rakyat berhak menentukan pemimpin mereka.
10. Pembangunan politik dalam demokrasi pula ialah apabila ada unsur-unsur tersebut dalam sistem politik iaitu:
i. Parti politik
ii. Majlis perwakilan rakyat atau parlimen
iii. Perlembagaan negara
iv. Pilihanraya
11. Ringkasnya, ke empat unsure tersebu adalah ukuran kepada pengamalan demokrasi bagi sesebuah negara.
Pelaksanaan Modenisasi dan Pembangunan Politik di Malaysia
1. Kesan daripada penjajahan British di Malaysia, Malaysia menerima modenisasi dan menjadikan Eropah adalah model modenisasi dalam pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.
2. Cabaran bagi Malaysia ialah Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat kesan daripada migrasi, penjajahan, gabungan wilayah yang berbeza, gabungan etnik yang berbeza, gabungan kerajaan yang berbeza.
3. Pembinaan negara bangsa Malaysia menggunakan kaedah top-down iaktu melalui dasar-dasar kerajaan dan program-program yang dirancang. Antaranya ialah:
• Program penghayatan Rukunnegara
• Penerapan dasar awam iaitu Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia
Interaksi 6 - Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Nota Kuliah 6 dalam bentuk Power Point
Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)